14 Apr 2011

AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite/karatejau

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harapkan pagar, pagar makan padi. Tu bawah umur silap haribulan boleh kena sebatan walaupun gadis setuju melakukan hubungan sex, kalau tak buat lagi tak ape la.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd. Najib tidak menjadikan sex sebagai pelajaran utama dalam politik maka pekara ini tidak mungkin berlaku secara seweneng-wenangnya.

Tapi Mohd. Najib tanpa rasa malu memperkenalkan sex liwat dalam mahkamah sehingga kanak-kanak tadika pun sudah teruja untuk mencuba meliwat punggung adeknya sendiri. Memang celaka kerajaan BN ni.

Bila pekara maksiat ini bertambah parah salahkan ibu bapa tak pandai menjaga anak. Tapi kerajaan mempengaruhi fikiran rakyat melalui tv dan surat khabar yang dikeluarkan setiap hari. Mereka cipta fitnah kemudian paksa rakyat percaya pada fitnah yang direka.Memang kerajaan BN ni kerajaan sial.

Tangkapan yang dibuat keatas (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun menunjukkan bahawa propaganda liwat II dan video lucah sudah berjaya meresap dalam kepala mereka.

Ahli UMNO Baru khususnya Rais, Rahim, patut bergembira kerana dakyah mereka berjaya mencipta budaya baru dalam masyarakat melayu.... meliwat, merogol amah, berzina dengan gadis bawah umur.

1 Malaysia berkata...

Tahniah 1 Malaysia.
1 Malaysia 1 Keinginan 1 Seks.

Tanpa Nama berkata...

Datuk T tak mau siar video ni ke?