22 Mac 2011

Video Seks: Najib Terlibat Kata Anwar, Beri Kelebihan Kepada PR Kata Nizar

Video seks: Anwar dakwa Najib terlibat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam.

“Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?,” soal beliau.

Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut.

“Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin.

“Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan,” katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya.

Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan

Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan.

“Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya,” katanya.
Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa.

Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan.

Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan ‘Hancur Fitnah’ dan ‘Hidup Anwar’.

Kontroversi ini beri kelebihan kepada Pakatan

Sementara itu, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata kes ini tidak akan menggugat parti itu dalam Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya, melalui kontroversi yang melanda kini memberi kelebihan kepada Pakatan.

“Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya. Ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan.


“Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami,” katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama’ PAS Datuk Harun Taib hari ini bahawa PAS akan mengkaji semula perikatan mereka dalam Pakatan.

Semalam timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu. -FMT



Video Seks: PAS Tetap Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Walau apapun tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS tetap tidak akan berpaling dari Pakatan Rakyat (PR).

Malah, PAS menganggap dakwaan bahawa Anwar merupakan lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada media pada Isnin merupakan serangan politik semata-mata.

Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dalam PR.

"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.

"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menemani Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewa Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dilaporkan berkata parti itu akan menilai semula kedudukan mereka dalam PR sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai si pelaku dalam video seks berkenaan.

Harun berkata, PAS tidak mahu dikaitkan dengan ahli politik yang mempunyai moral yang rendah dan tuduhan tersebut merupakan satu perkara yang serius serta perlu segera disiasat.

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu berpegang teguh kepada prinsip setia kawan dalam PR.

"PAS tidak akan melatah dan terpengaruh dengan tipu helah sebegini. Kita akan lebih kuat dalam PR sebaliknya ia akan memakan diri orang yang membuat fitnah ini," katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kerana rakyat akan membuka mata mengenainya.

"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.

"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,” katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T. -mstar


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya cukup bagi BN bila rakyat sudah meluat dgn politik. Jadi rakyat tak ambil peduli lagi tentang negara. Seronok sungguh BN.

aliffnajmi berkata...

Setiap tuduhan perlu dibuktikan sahih sebelum kita menjatuhkan hukum.

Begitu juga, setiap fitnah perlu dibuktikan fitnah sblm kita menolak tuduhan tersebut.

Oleh itu... bagi pihak yg menuduh, sila buktikan ianya adalah benar dan bagi pihak tertuduh, jgn berdalih, lari & menyorok lagi... sila berikan bukti dan alibi bhw anda bukan org didalam video tersebut.

Oleh itu sama2 lah kita selidik dgn fikiran terbuka agar kita tidak terus mempercayaai fitnah dan dlm masa yg sama kita tidak bersubahat dgn penzina.

Tanpa Nama berkata...

setelah mahathir buat isu liwat, najib pula buat isu hubungan seks??

Tanpa Nama berkata...

macamlah rakyat bodoh!!! najib,rosmah dan mahathir bersih sangat???

org muda baru 24 berkata...

aku setuju dengan anon 5:31....tambah2 anak2 muda semakin meluat dengan politik, walaupon ramai yang percaya anwar kena fitnah....membe2 aku kata malas nak amek tau dengan politik msia yg penoh dengan fitnah ni......baek layan bola