25 Mac 2011

Lori Penari Separuh Bogel 1Malaysia Sudah Tiba Di Sarawak

NGO 1M'sia kini di Kuching, ditaja jutawan

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, NGO 1Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan siri jamuan makanan percuma dan pertandingan untuk penduduk Kuching - semuanya ditaja oleh seorang jutawan.

Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.

Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.

Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.

NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.

Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.

Ulasan GB

NGO 1 Malaysia inilah yang telah membawa penari-penari separuh bogel yang mengadakan persembahan-persemabahan di majlis-majlis makan malam yang mereka anjurkan di dalam beberapa siri pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Inilah "hantu jembalang" yang sebenarnya, jika TPM, Muhyiddin Mohd Yassin ingin tahu. Kerana mereka tidak mendedahkan siapa penaja mereka yang sebenarnya.

Namun UMNO BN amat mengharapkan kedatang "hantu jembalang" ini untuk menarik para pengundi kaum bukan-Islam khususnya untuk mengundi mereka.

Dan jawapannya: di PRK Tenang, Allah menurunkan balaNya dengan banjir seluruh daerah Segamat sewaktu pilihanraya berlansung.

Tidakkah kita sendiri telah melihatnya?






3 ulasan:

Awanama berkata...

ni slh atu cra nk raih undi yg dlkukan di Korea... tp 2 x kesah sbb korea bkn negara Islam sbgai agama rasmi... malu giler aku rsa klu org malyu yg bwat camni ... tmbhan pulak Islam...

Awanama berkata...

ni gambar mcm keramaian kaum cina jer...mentang-mentang ada kain rentang PM, trus cakap itu ini...ini gambar komponen BN...kenapa xtangkap gambar penontonnya?? ada melayu islam ke?? berdosa tabur fitnah ni..peace..

Awanama berkata...

bagus lah ada tarian untuk masa kempen..ada juga hiburan rakyat..jangan kena jangkit ok lah tu..kalau tak mengundi ja..rugi lah..sbb lepas pr..kita da di lupakan..biar yb yb belanja untuk kita ..ramai ramai ..syok http://www.mahkotacafe.com/md64