25 Mac 2011

Kes Video Seks: Rakyat Kesal Sikap "Double Standard" Polis

Rakaman asal video seks, jam tangan diserah pada polis

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

"Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.
Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.

"Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.

"Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi.
Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.

"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Anwar paksa letak jawatan

Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya.

"Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan).

"Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Ulasan GB

Rakyat kini mempertikaikan sikap DOUBLE STANDARD Polis di dalam menangani kes ini. Kenapa di dalam ke Anwar Ibrahim, beliau awal-awal sudah dilokapkan, sedangkan di dalam kes di atas "Datuk T" mendapat layanan VIP dan istimewa daripada PDRM?

Rahim siap boleh bagi komen dan jawab soalan wartawan lagi selepas dari menemui polis.

Berikut ialah komen-komen daripada Datuk Halik Zaman dan lain-lain yang mengekori artikel di Malaysiakini tersebut.


Halik Zaman

Polis tidak ada kemahiran pengalaman sangat pasal forensik untuk mencam keaslian video sex itu. Polis mestilah mendakwa 3 orang yang menggelar Datuk T. Maka keputusan hakim lah untuk mendapat khidmat pakar Luar Negara. Sekurang kurangnya pendapat 10 Negara Barat yang dipilih oleh Bang Bangsa Bersatu. Bukan pilihan NGO Ibrahim Ali atau Radin Muktar.

Selain kisah kebenaran video sex itu satu perkara yang berlainan section mesti disiasat. Ia itu perkara "Ugut" kepada DSAI dan Datuk Seri Wan Azizah.

Rahim Tambey dan dua orang ambil kesempatan mengaibkan Anwar dan keluarganya dan meminta DSAI dan isterinya letak jawatan dalam politik, ini merupakan satu ugutan yang salah. Ada section jenayah ini.

Soalannya kenapa Rahim T. tidak serahkan kepada polis video sex itu dan buat laporan polis dan pihak polis yang buat siasatan kepada DSAI serta membuat kenyataan akhbar bahawa polis telah menerima serahan videa sex itu dan laporan polis dari Rahim T sudah dibuat. Kenapa Rahim Tambey tunggu panggilan polis baru datang? Ini kes ugut kes jenayah. Mesti Rahim dilokap dulu hingga selesai siasatan.


Taufek Suut

Setuju komen Halik Zaman. Siapa yg sabenarnya master mind?
Maknanya hotel tersebut tidak ada security control? Cari nama individu dalam buku daftar hotel siap yg menginap bilik tsbt? Kalau Annuar boleh remant dlm lokap kes liwat, mengapa pula 3 terio T ini tidak di reman? Adakah mereka ini mempunyai kekbalan? Mengapa 3 terio T tak buat laporan di jab. agama Islam. Jelas niat jahat mereka utk memalukan DSAI.


Puteri Mursyidah · Kota Kinabalu

btul tu taufek.

Rayner Biam Anjumal

Kalau ko kawan dgn BN/UMNO sapa nak tangkap ko


Kita ingin menyatakan dengan tegas berkali-kali bahawa rakyat tidak benci polis dan tiada siapa menghasut rakyat untuk membenci polis. Apa yang berlaku ialah tindakan polis sendiri yang menyebabkan rakyat membenci mereka.

Malah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat membantu polis mengembalikan imej polis di samping meletakkan identiti polis di tempatnya yang lebih abadi.

PDRM perlu kembali bertindak sebagai sebuah badan yang adil, telus, bebas berkecuali dan berintegriti.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat biasa seperti GB?

Hanya mampu mengangkat tangan merayu kepada Allah s.w.t. supaya mengembalikan keadilan di dalam negara ini dan menghukum Datuk T berkenaan termasuk kepada mana-mana polis yang JELAS DAN NYATA bertindak secara tidak adil itu.

10 ulasan:

Awanama berkata...

"Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya."

- Nampak sangat motifnya. Sindrom orang hilang kuasa.

Awanama berkata...

tengok muka pun dah tahu jenis kaki mabuk dan pembohong. banyak org jenis ni dalam pusat karaoke seluruh negara

mad berkata...

aku tabik polis2 di britain dan negara tedekat kita singapura yg lebih profesional. negara2 ini negara bukan islam. secara tak langsung tindakan polis negara ini yg beragama islam mencemari imej islam itu sendiri.

Zakiyah Zainon berkata...

Selamat Hari Polis!

Awanama berkata...

takde motif lain selain dari nak mengaibkan dan memusnahkan secara total DSAI bila video dipertontonkan pd editor2 kanan. maklum DSAI merupakan 'jambatan' PAS dan DAP.. tapi bile serah pada pihak polis pun untung nasib keadilan masih belum dapat dipastikan jugak.

wallahu a'lam

moga mogalah Pakatan Rakyat bertambah kukuh dgn fitnah dan adu domba yg bertali arus ni. risaukan BALA dari Allah yg akan menimpa semua bila buat fitnah ni seolah2 makanan harian.

Awanama berkata...

Saya pemerhati Politik dari kaca mata rakyat yg tidak berparti TAPI mengundi.....dilihat...

UMNO sebenarnya takut dengan perkembangan terkini parti PKR setelah pembersihan parti tersebut yg mengeluar najis-najis didalam parti PKR. UMNO juga risau dengan pengaruh Anwar yg membuatkan Pakatan Rakyat bertambah kuat dengan sokongan rakyat terutamanya yg tidak menjadi mana - mana ahli politik. Malahan ada juga ahli UMNO yg turut memberi sokongan pada Anwar Ibrahim. dengan adanya kerjasama dari parti PAS & DAP...denagn usaha yg mantap..beberapa negeri dibawah kuasa UMNO dpt dirampas oleh Pakatan Rakyat. Ini yg merunsingkan UMNO dengan Anwar Ibrahim yg menjadi pencetus semangat pada Rakyat utk mengkuburkan UMNO.

Bagi UMNO.... PAS & DAP boleh tak dirisaukan sangat kerana kedua-dua parti tersebut boleh dilaga-lagakan dgn beberapa isu hingga boleh menyebabkan Pakatan rakyat musnah kerana sudah lama UMNO bertembung politik dgn PAS & DAP.

Nak cari kesalahan Anwar seperti rasuah semasa jadi TPM memang confirm tak jumpa...malah pemimpin UMNO mencanangkan Anwar rasuah dgn bagi kawan2 & saudara maranya projek..TAPI masih tak dapat dibuktikan....maka jalan terbaik ialah malukan Anwar dgn perkara yg tak masuk dik akal.

akhirnya ahli UMNO bawahan yg bodoh terus diperbodohkan oleh pemimpinnya yg Bangang.

Awanama berkata...

Lawang tetap lawang...kut yapon satu dunia dah tahu. semuga kebenaran akan menyebelahi DSAI.

joost09 berkata...

siasatan tgh berjalan bang..

tapi npknya byk lebih sudu dr kuah..

tapi aper2 pun bagi gua...yg terbaik sebarkan je video tu..baik rakyat yg buat keputusan sama ada itu anuwar atau bkn...br tahu sapa fitnah atau tidak..

soal video tu asli ke tak biar pihak berwajib yg siasat kesahihan video.

Awanama berkata...

Mamat ni patutnya sedar bahawa dia sudah berada di ambang senja. Sempatkah lagi nak bertaubat?

student berkata...

saifuddin: matlamat anda betul..tp cara anda xtepat..en saifuddin mahu RAKYAT tahu siapa pelakon lucah dgn cara MENYEBARKAN VIDEO LUCAH tu?

Insya Allah ada jln kluar lbh baik daripada tu..jom kita tany ustaz2 yg 'alim n pakar tntg bnda mcm ni.