25 Mac 2011

Bekas Polis Dedahkan Datuk Eskay Pendusta Besar

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim (gambar), yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an.

“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,
” katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

“Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.

“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.

“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.


Shazryl adalah salah seorang daripada tiga “Datu T”.

Kelmarin, Shazryl, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara Isnin lalu. -TMI

Ulasan GB

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kebenaran akan terus terbongkar. Kerja-kerja jahat tiga malaon tersebut bakal terdedah sehingga ke akar umbi.

Rupa-rupanya Si Kitol yang bernama Eskay itu adalah bekas konsul besar Thailand di Malaysia dan ada lima kilang baja di Thailand dan tidak hairan jika sebelum ini pernah dilaporkan bahawa perempuan yang muncul di dalam video tape itu adalah seorang warga Thailand!

Kini, yang mendedahkan kisah ini ialah seorang bekas anggota polis Mohamad Mahti Abdul Rahim dan beliau dengan TEGAS menyatakan:

“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,”

Orang yang benar sentiasa diberikan Allah keberanian untuk menegakkan kebenaran!

2 ulasan:

SL berkata...

kalau eskay tak saman,
tah2 habis kambing mati diracub..

Tanpa Nama berkata...

semuga apa yg anda jelaskan menjadi boleh membantu menjelaskan apa yang berlaku.