15 Mac 2011

Apabila Bini Najib Perasan Dirinya Lebih Pandai Dari Pakar-pakar Jepun

Tsunami Jepun: Komen Rosmah dikritik hebat

Rosmah seolah-olah tiada perasaan belas kasihan dan naluri sensitiviti terhadap kesusahan rakyat Jepun - Zuraida

PETALING JAYA: Komen Rosmah Mansor bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama berita antarabangsa, di laman sosial Facebook dan Twitter.

“Dakwaan isteri Perdana Menteri itu bahawa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun amat dikesali,” kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kenyataan yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter.

“Ini menunjukkan bahawa Rosmah seolah-olah tiada perasaan belas kasihan dan naluri sensitiviti terhadap kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda,” katanya.

Katanya lagi, “ini amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai “First Lady” beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

“Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia,” ujar beliau.

Kejadian tsunami kuasa Allah

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, “kami ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuanNya.

“Malah, rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian ini dengan sabar. Semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

“Oleh itu, Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya ini dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan nama Malaysia,” tambahnya. -FMT

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebijik macam Zoy.

Rotiman berkata...

Apa nak heran, kat Malaysia pun dia tak peduli sangat tentang rakyat jadi takkan apa yag berlaku kat Jepun tu rasa sedih pulak. Yang selalu keluar TV kunun nya buat itu buat ini....belakon je. Tengok muka pun serammm....

Tanpa Nama berkata...

tu bukan firstlady...tapi thirdlady...huahh..huahhh....

Tanpa Nama berkata...

hahaha...bodo punya FLOM. low class low mentality

Tanpa Nama berkata...

wow..ckp mcm hebat je..knp la rmai sgt org bodo yg mmalukan msia?!
famous la msia lps ni..
-ashamed to be malaysian-

paktehku berkata...

... ikut suka cakap badan binasa...
... itu pesan orang tua tua...
... jangan fikir udah jadi first lady (siapa yang lantik) boleh mengeluarkan cakap sesusaka hati...
... bodohnya tak boleh di ajar... cerdiknya tak boleh di ikut...

razif berkata...

hati-hati dalam berbicara. ingat sahaja, tsunami berlaku bukan kerana kegagalan jepun dalam pembangunan lestari, tetapi ia adalah petanda awal daripada Allah bahawa kiamat semakin dekat...