28 Feb 2011

Kes Aminul-Rasyid: Polis Diperintah Bela Diri

Sshah Alam, 28 Feb — Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.

Gambar: KOPERAL Jenain Subi, 48 keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah memerintahkannya membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu di Mahkamah Shah Alam, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir. -TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakai kepiah putih dah bertaubat kut, kalau nak bertaubat kenalah jumpa pehak waris simati minta maaf kalau ikut hukum pehak waris boleh tutut pampasan keapa(nilai seratus ekor unta atau jadi hamba kepada waris seumur hidup)itu pun kalau waris maafkan kalau tidak hukumnya tembak semacam mana pehak yang kena tuduh tembak simati.