28 Feb 2011

Ali Rustam Akui Monorel Patah Di Hari Pelancarannya

Tatkala begitu ghairah untuk mengentam PAS, Ketua Menteri Melaka mendedahkan sendiri bhawa monorel yang dipasang di tepi Sungai Melaka "patah" sewaktu di hari pelancarannya.

Gambar: Kren terpaksa digunakan untuk keluarkan penumpang yang tersangkut di dalam monorel setelah monorel itu rosak di hari pertama pelancarannya

Beliau membuat penjelasan tersebut sewaktu cuba mempertahankan beberapa pembaziran yang telah dilakukannya seperti yang didakwa oleh rakyat di dalam kempen pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau.

Beliau berkata monorel berkenaan dibeli murah dari negara Cina dengan alasan kononnya untuk menyokong kaum Cina. Beliau menempelak PAS seperti yang dilaporakan oleh The Malaysian Insider:

“Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli.

“Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,” tegas beliau.

Rakyat ingin memberitahu kepada Ali Rustam bahawa kaum Cina di Malaysia sendiri tak beli barang RM2 kerana mereka tahu barang-barang tersebut tak berkualiti.

Cina mengeluarkan barang-barang tersebut secara pukal untuk menampung keperluan penduduk mereka yang terlalu rama (jumlah penduduk negara Cina ialah 1.5 billion), justeru itu mereka pentingkan kuantiti dan bukan kualiti.

Tetapi anehnya, di Malaysia ada Ketua Menterinya yang sanggup menggadaikan nyawa orang dengan membeli monorel yang murah semata-mata untuk menunjukkan negerinya gah... dengan adanya monorel.

GB sebelum ini pernah mengulas projek pembelian monorel yang membazir tersebut. Petikan:


Ulasan GB

Monorel di Mekah bertujuan untuk memudahkan jemaah haji menunaikan fardhu Islam kelima dengan sempurna dan selesa.

Tetapi berbeza monorel di Melaka. Untuk berjalan bersiar-siar melihat "keindahan" betapa kotor Sungai Melaka.

Jika monorel yang dibina boleh digunakan oleh rakyat Melaka sehari-hari untuk pergi ke satu-satu destinasi (misalnya dari Melaka Sentral ke MITC atau Mahkota Parade)mungkin banyak juga kegunaan dan kebaikannya. Tetapi ia sekadar produk pelancongan yang entah abad ke berapa baru dapat pulangan modalnya yang sebanyak RM16.5j itu.

Siapa pulak nak naik monorel melawat sungai tu setiap hari? Hanya bergantung kepada pelancong yang tiba sekali sekala.

Sungguh kurang cerdik pelaburan sedemikian. Setelah projek Eye On Malaysia gagal, kini Melaka terus-terus melakukan kerja-kerja pembaziran. Ia mengekori kerajaan Pusat yang berlumba-lumba membangunkan projek mega seperti projek Menara Warisan berharga RM5 billion tetapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat jelata.

Berbanding dengan projek mega di Mekah yang bertujuan untuk ibadah. Di negara kita projek mega hanya untuk bermegah.

Akibatnya baru empat jam dirasmikan dah tersangkut. Mujur tak tergelincir. Mohon dijauhkan Allah kejadian-kejadian yang tidak elok.


4 ulasan:

zairil berkata...

Nak sokong orang Cina kat Malaysia beli barang dari Negara China? Orang Cina kat Malaysia pun dah tak der sedara mara kat China.....Malaysia ni lah tempat they all sekarang! Ahli politik ni kengkadang cakap macam orang gila! Daripada buat monorel...baik buat trek jogging kat tepi sungai tu....sihat skit orang Melaka.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan zairil........bodo gila ali rustam...alasan nk tolong cina.....ni cina msia laa bodo...2 cina china..kalo still ada sedara kt china pon mcm laa beli monerel ni ngn sedara dorang...kalo mcm 2 umno nk tolong melayu, sbb pa xtolong melayu kt selatan thai kna bunuh ngn siam 2 .......aku rasa ketua menteri yg paling bebal di msia ni xpikiaq dulu laa apa yg dia nak cakap ......maen cakap ja....su politik dia pon tolong laa nasihat cket....kesian ali rustam nampak sgt bangang

Tanpa Nama berkata...

kesian ali rustam(AR) sebab da diperkotak katikkan oleh org2 bwhan die yg bebal2 belaka. alasan AR mmg xleh pki lgsg. x'menggambarkan sbg pemimpin b'kaliber. nk sokong golongan Cina pe mende. golongan Cina kat Malaysia ni pn ramai if die nk sgt tlg. even nasib golongan Melayu di Melaka pun xterbela,knp sibuk nk bela rakyat di negara org.
selama 5thn sy duduk Melaka, mmg nmpk byk sgt perubahan. tp perubahan yg xmendatangkan kebaikan kpd masyarakat, LANGSUNG. semua yg dia buat semata2 hanya kerana nk meletakkan Melaka gah di mata dunia. tp akhirnya, Melaka dimalukan dengan insiden2 mcm ni di mata dunia! hmm..xphm ngn politik negara kita. permainan politik yang menggadaikan nasib rakyat. AR, henti-hentikanlah projek yang xbermanfaat tu.

Tanpa Nama berkata...

tak malu ke sebahagian rakyat melaka ada pemimpin mcm nie..cakap merapu..mcm org giler...bagilaa hujah2 yg berilmiah dan berfakta sikit...nk tergelak ada baca, sedih pun ada..