20 Feb 2011

Kapal Perang Iran Melintas Terusan Suez, Israel Geram

Teheran - Dua kapal perang Iran akan melintasi Terusan Suez, di Mesir. Ini merupakan kali pertama Republik Islam itu mengirim kapal perangnya sejak revolusi 1979. Keadaan ini diramal akan menambahkan ketegangan antara Iran dan Israel.

“Dua kapal perang Iran akan melintasi terusan dan akan menuju pelabuhan Suriah,” demikian dilaporkan stesyen televisyen berbahasa Arab Al Alam yang dipetik Reuters.

Keizinan untuk melintasi Terusan Suez diberikan tentera Mesir yang memegang kendali pemerintahan sejak Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri pada 11 Februari lalu.

Tentera Mesir menyatakan, Negara Paramullah itu sebelumnya sudah meminta kebenaran untuk menggunakan Terusan Suez.

Pihak tentera sebenarnya sulit untuk memberikan izin tersebut mengingatkan Mesir adalah sekutu terdekat Amerika Syarikat dan dikenal dekat dengan Israel.

Kehadiran armada perang Iran di Laur Mediterania, sepastinya mengundang kecaman dari Israel. Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman menganggap hal ini sebagai provokasi.

Pihak berkuasa Terusan Suez yang mengumumkan maklumat melintasnya armada perang Iran ini, enggan memberi komentar. Menurut pihak berkuasa setempat kapal perang baru akan melintasi Terusan Suez pada hari Isnin, esok.

1 ulasan:

kakilempar berkata...

israel semakin takut kemunculan dan kebangkitan mesir sebagai kuasa tentera yang digeruni dan bukan lagi sekutu amerika-israel.tahniah kpd rakyat mesir yang membuang najis2 dalam pemerintahan,,,adakah ini petanda kebangkitan islam diseluruh dunia????arab saudi,jordan ada raja!tapi raja yang ditabalkan british/us untuk kesinambungan kuasa asing menjajah negara dan menunduk kuasa rakyat.