1 Jan 2011

Peragut Dibelasah Dengan Kayu Golf

Nekad guru tumpaskan penjenayah

Gambar ihsan pembaca Kosmo! Haslinda Mohd. Noor DUA peragut terbaring lesu selepas dibelasah oleh sekumpulan penduduk di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam

KEPALA BATAS - Dua lelaki menyesal tak sudah apabila bukan sahaja gagal melarikan beg tangan yang diragut malah mereka cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk dalam satu kejadian di Taman Bertam Putra di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu berlaku apabila suspek berusia 18 dan 23 tahun tersebut cuba melarikan beg tangan milik seorang guru, Azzahida Othman, 35.

Difahamkan, sebelum kejadian, guru tersebut hendak menghantar anak lelakinya, Ikhmal Farhat Norhisham, 6, untuk mendaftar ke Sekolah Kebangsaan Bertam dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.

Sebaik keluar dari pagar rumah, mangsa telah didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha dan berpura-pura menanyakan arah jalan.

Sumber memberitahu, suspek kemudian telah memecahkan cermin penumpang hadapan kereta guru itu lalu mengacukan sebilah pisau pada leher anaknya.

Katanya, suspek kemudian merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk belakang.

"Geram dengan tindakan lelaki itu, guru wanita berkenaan kemudian nekad mengundurkan keretanya sebelum melanggar motosikal suspek menyebabkan mereka terjatuh. -kosmo

4 ulasan:

Tokjis berkata...

padan muka dia.....

cikgu pencen berkata...

Selamat tahun baru cikgu, tahniah kerana cikgu telah bertindak dengan berani, moga jadi contoh kepada mereka yang lain. Memang patut celaka dua ekor tu dibelasah ( jangan sampai mati ) sebab apa kalau ditangkap elok-elok dan diserah kepada polis, depa ni bukan nak reti serik ! Memang polis dah pesan agar orang awam jangan bertindak, tetapi kita faham, polis pun faham... kan kan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya jika pihak yang berwajib(PDRM)sibuk nak menurunkan indeks jenayah,walhal penjenayah bermaharajalela dimerata-rata.Jika pihak yang berwajib sibuk buat kerja-kerja yang depa tak semestinya buat,maka orang awam akan akan sendiri melaksanakan undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

Pasai apa bagi PENYANGAK 2 hidup...belasah sampai mampus..pas 2 campak sungai..habis ceta...idup pun nyusahkan orang je...Depa 2 bukan geti serik...duduk penjara ada org bagi makan X yah keja.. lepas keluar buat lagi....X caya tengok lah...