6 Dis 2010

Terbongkar: SYABAS Guna Aset Kerajaan S'ngor Bernilai RM10.9 Billion Secara Percuma

Selangor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

6 ulasan:

otaklunyai berkata...

agak2 dah tersepit dah tak boleh nak putar baru nak setuju baru nak bincang. kalau tak rentikanlah tak mau bincang langsung. kalau tak caya tengoklah nanti kalau masa bincang2 tu nanti kalau puak2 laknat ni nampak lubang boleh putar pasti bincang pun gagal... puak2 ni kalau ada peluang libas, kena kibas habis2 jangan bagi peluang kalau tak kita yg kena balik. kita kena sedar kita sedang menghadapi satu makhluk yang lebih setan dari setan dan lebih iblis dari iblis... sebab tu setan dan iblis takut dengan makhluk2 ni...

mad berkata...

betul tu sedara

Tanpa Nama berkata...

saya sokong...budak sentul

Tanpa Nama berkata...

Projek pengswastaan UMNO boleh dikatakan semua macam ni - gunakan kemudahan awam,tanah awam,peralatan awam dan negeri - hisap darah rakyat,kroni yang untung.Kalau rugi dan lingkup,wang rakyat digunakan untuk bail-out,kalau untung kroni yang kaya-raya,rakyat dapat habuk.

waksab berkata...

Libas jgn tak libas..sampai tokey Syabas terduduk dan terkangkang nak jawab libas kuda YB Khalid..he..he..lepas nih Tokey Syabas akan minta kerja tempat lain pulak dgn gaji lebih RM1juta sebulan lak..ape ada hal..

http://waksab.blogspot.com/2010/12/air-anugerah-allah.html

zaid kuantan berkata...

Gila babun RM400 ribu sebulan, rakyat nak dapat RM400 ringgit pun sakit......mati nanti Allah tanya, oops ada orang percaya tapi tak yakin !