14 Dis 2010

Tak Bayar Royalti: Pelantar Petronas Carigali Terengganu Terbakar, 6 Cedera

Enam Pekerja Carigali Petronas Cedera Dalam Kebakaran Pelantar

KUALA LUMPUR: Enam orang cedera dalam kebakaran pagi ini di pelantar Bekok C, 200 km di luar pantai Terengganu yang dikendali oleh Petronas Carigali Sdn Bhd. Gambar fail

Kebakaran bermula sejurus selepas tengah malam dan dapat dikawal oleh Pasukan Respons Darurat pelantar tersebut sejurus selepas itu.

"Terdapat sejumlah 108 personel di pelantar itu ketika kejadian. Enam cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah.

"102 personel yang lain dipindahkan ke pelantar berdekatan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Syarikat itu berkata Bekok C sedang menjalani proses penutupan berjadual untuk aktiviti penyenggaraan ketika berlaku insiden itu.

Petronas Carigali telah memberitahu pihak-pihak berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian itu.

Sementara itu, laporan dari Kuala Terengganu menyatakan mereka yang cedera ialah Alias Abdullah, Hamzah Abdullah, Fauzi Ibrahim, Rishaudin Ismail, Ariff Farimi, dan Zamri Wagiman.

Mereka tiba di hospital itu kira-kira jam 9 pagi dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, seorang di Unit Kecemasan manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar.

Bagaimanapun kira-kira pukul 12 tengah hari kesemua mereka dilaporkan stabil, dan ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa sebaik saja Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berhenti rehat tengah hari. - BERNAMA

Ulasan GB

Pada awal tahun ini GB telah menyatakan bahawa ramalan GB menjadi kenyataan apabila satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML), memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.

Sebelumnya GB menyatakan

GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Dan seperti perkataan GB dimakbulkan lagi hari ini apabila berita Carigali Petronas terbakar kali ini mencederakan 6 orang pekerja Petronas. Dulu lagi GB dah katakan:

Ada lagi yang bakal meletup jika royalti Kelantan masih tidak mahu diindahkan.

Kita tunggu dan lihat.


Tak mahu sedar dan tak mahu bayar jugak royalti?

Mungkin Petronas nak tunggu sampai ada yang mati!

Berita Terkait: Ramalan GB Tepat Lagi - Petronas Methanol Labuan Pula Meletup


Tiada ulasan: