14 Dis 2010

Lelaki Turut Kena Gangguan Seksual

Lelaki pun kena gangguan seksual

SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.

Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya. -kosmo

6 ulasan:

sharouk berkata...

Rame yang tterlupa itu satu gangguan seksual secara terus. Dan memang mereka yang begitu berniat memberi gangguan seksual.

nana baling berkata...

Salam. Tepat sekali tajuk yang dipaparkan. Kajian yang dilakukan pun memang menyebelahi ! Sebab tu kita lihat makin banyak kes rogol atau sumbang mahram dan buang anak. Inilah puncanya. Kerap sangat di ganggu mahupun secara tidak langsung atau sedikit2 tetapi dah lama semangat tu terkumpul maka bila meter dak naik merah maka ia meletup. Meletup pada sasaran takpa jugak. Bagaimana kalau tiada sasaran berlesen ? Tu yang rogol tu ! Tak menghairankan jika mangsa rogol tu berpakaian tutup syariah sebab perogol tu dak naik merah meternya, semangatnya dah membara so siapa yanng melintas dengan peluang terbuka maka jadilah mangsanya. PUNCAnya sapa ? Puak puak betina ni la. Aku minta Kak Shahrizat bagi komen sikit ?

kadio manong berkata...

Teman sokong bebenor Nana Baling. Eloklah pemimpin ( yang ada rasa tanggungjawab ) bawa ke parlimen ke buat akta dan kuatkuasa. Kalau susah sangat apa kata pihak berkuasa negeri yang buat... mike pikio le

Tanpa Nama berkata...

Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

johny labie berkata...

Anon 0251 apa hang cakap macam tu ? Tak sekolah kapa ? Apa lu cakap tepuk sebelah tangan apa ? ini bukan soal suka sama suka tapi lelaki yang darah dah naik kepala jadi kelam mata... rogol la beb ! Hang kena rogol baru tau.... sebelah tangan cis akai ada ka !

Cumi Manzui berkata...

Perkara ni memang tak boleh dinafikan bahawa pemakaian perempuan semakin hari semakin mengiul dan meransang nafsu. Nampaknya saja berpakaian dengan bentuk badan diperlagakan, bukankah itu bogel katanya? Entahlah, dunia akhir zaman. Yang lelaki berpakaian lengkap dan longgar dan yang si perempuan pulak terbalik.