8 Okt 2010

Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat Ditemui Di Kelantan

Sultan Kelantan agih 99 lembu

Gambar: SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad ke V Tuanku Faris Petra (tiga kanan) menyembelih sendiri seekor lembu yang disumbangkan untuk golongan miskin di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan, 8 Okt. - Utusan/HAFIZ JOHARI

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, berkenan untuk mengagihkan daging sembelihan 99 ekor lembu kepada orang miskin di seluruh negeri ini, sempena Hari Keputeraan baginda ke-41 pada 6 Oktober ini.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata agihan daging lembu berkenaan akan dibuat kepada keluarga miskin seluruh negeri ini menerusi ketua jajahan masing-masing.

“Sebanyak 99 ekor lembu akan disembelih dan dagingnya akan diagihkan kepada golongan miskin termasuk penduduk Orang Asli sekitar Lojing, Gua Musang. “Angka 99 itu dipilih sebagai simbolik merujuk Asma ul-Husna (99 Nama Allah).

“Orang miskin negeri ini akan mendapat daging percuma dan mereka boleh mendapatkannya di pejabat jajahan masing-masing pada Hari Keputeraan baginda kelak,” katanya.

Abdul Halim berkata, selain agihan daging lembu, baginda juga berkenaan mengadakan solat hajat dan solat sunat.

“Rakyat turut digalakkan untuk turut sama menunaikan solat hajat dan sunat mendoakan kesejahteraan baginda selaku pemerintah Kelantan.

“Perancangan untuk mengadakan sambutan rasmi Hari Keputeraan belum lagi diputuskan baginda,” katanya.

Sementara itu, katanya, Sultan Muhammad juga akan meneruskan solat Jumaat bersama rakyat setiap minggu. -BH


11 ulasan:

lhakim berkata...

daulat tuanku..tuanku earned rakyat's respect

sokong umno berkata...

setuju.... Tajuknya aje

Waris berkata...

Bilalah negeri aku nak dpr sultan mcm ni?

Tanpa Nama berkata...

raja yg sentiasa meletakan islam didepan yg tidak ada dalam dunia zaman sekarang ini melainkan raja kelantan daulat tuanku.

Cumi Manzui berkata...

Kalaulah semua pemimpin negara kita ni serupa dengan ke bawah DYMM Sultan Kelantan, selamat negara kita.
Daulat Tuanku. Semoga Allah swt memanjangkan usia tuanku.

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin negara begini, rakyat hidup senang, tetapi pemimpin UMNO yang senang sekarang ni...

Tanpa Nama berkata...

Baru takat 'sembelih lembu' lalu dikata 'berjiwa rakyat'...!!?? Fahami apa erti 'rakya't dan apa erti 'Raja'.
Jika sungguh, tiru cara Umar Ibn Aziz apabila dilantik sebagai Khalifaf...
Yang merosakkan 'orang-orang bernama' kebanyakannya 'kaki-kaki ampu' yang memanjang mengampu ikut perspektif mereka. GB pun macam ada ciri-ciri berkenaan..
Ampun maaf.

Adi Chohe berkata...

Aloo Bro.. tu yang tunjuk sultan sembelih lembu je. Ada banyak lagi yg menampakkan Tuanku berjiwa rakyat takkan nak tunjuk semua..... Mai dok di Kelantan ni baru hang tau. Hang akai ada ka ? Sultan baru berapa hari naik takhta ? Omag Abd Azit ka sapa ka pelan-pelan la...
Daulat Tuanku !

Waris berkata...

Anon 9:13 tu irihati sb kat negeri dia tak ada sultan mcm tu. Nak jumpa sultan dia kena pergi hardrock cafe.

Adi Chohe berkata...

Betoi Waris....... 0913 tu dengki dan amat kecewa dengan raja dia.... wakaka.
Walaupun Adi bukan warga Kelantan tapi tetap sanjung Sultan Muhammad Ke-5. Daulat Tuanku !

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,
Setahu aku dari sejak dulu lagi Sultan Kelantan diketahui berjiwa rakyat. Untung rakyat Kelantan. Dah sepuluh tahun tak datang sana. Nak tahu, Sultan Johor kami pun hebat, naik motor sama-sama, sejak zaman mudanya lagi. Kampungku di Kluang tempat Jin bertendang pun dia datang. Orang politik pun tak pernah masuk. Tak ada karpet merah pun. Tapi bab sembelih lembu ini baru ini aku lihat walaupun umur dah masuk 6 dekad. Arwah ayahku kata (zaman kanak-kanak belum merdeka dulu)hati orang yang menyembelih binatang untuk dimakan ini sebersih air jernih,dan cahayanya sekilat jarum peniti.

Daulat Tuanku, semuga Allah memberkati pemerintahan dan rakyat tuanku.