10 Dis 2010

Populariti Anwar Dan PKR Semakin Merudum

Bancian: Populariti Anwar, PKR merudum

Liputan negatif media ke atas krisis dalaman PKR yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.

Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak PKR pada pilihan raya akan datang.

Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan PKR daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan PKR tidak berkesan,” petik laporan bancian itu. -mk

Ulasan GB

Tidakkah GB benar sebelum ini?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB...merudum dikira ok....sebab adakala naik dan ada kala turun pretasi...sebelum PRU 12 lansung tak ada peluang....tapi naik....

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan pengundi atas pagar menganggap PKR parti serpihan UMNO yang kecewa,

Rakyat lagi kecewa.

pilihan rakyat kepada PAS harus dipuji.

Tanpa Nama berkata...

walau apa sekalipun pandangan dan pendapat serta kritikan terhadap DSAI, kita lihat bahawasanya beliau masih terbaik berbanding dari personiliti UMNO-BN..

bunbinban berkata...

MMg nampak dia pilihan terbaik kalau di bandingkan dgn personaliti UMNO tapi sikap angkuh dan lupa diri Anwar bakal melenyapkan harapan PR utk memerintah. Kebelakangan ini dia kerap buat statement bodoh. Tindakannya banyak tersasar. Namun siapa yg berani menegurnya?. Dia sendiri membuka ruang utk musuh menyerang dan memfitnah dirinya. Jgn terlalu menyanjung Anwar kelak dia akan menjadi seperti Madey. Dan nampaknya Anwar sedang menuju ke arah itu. Tidak boleh di kritik dan di tegur. Matlamat sekarang ialah menjatuhkan UMNOAPCO bukannya menentukan Anwar jadi PM!.