6 Dis 2010

PAS Minta Pertimbangkan Serah Kerusi Parlimen Machang, Dungun & Gombak

Pakatan Rakyat sudah berbincang pembahagian kerusi pilihanraya

PETALING JAYA: Para pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri sudah mula berbincang mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber, perbincangan itu di kalangan pemimpin dimulakan sejak beberapa minggu lalu dan dijangka selesai awal tahun depan.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan PAS, PKR dan DAP dibentuk bagi menghadapi pilihanraya umum 2008 dan memenangi 81 kerusi Parlimen.

"Memang perbincangan mengenai pembahagian kerusi sudah dibuat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi belum selesai.

"Mereka berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi tetapi berpegang kepada persetujuan 2008 iaitu jika kerusi PAS, ia kekal kepada PAS.

"Mengikut persefahaman 2008, kerusi majoriti pengundi Melayu akan ditandingi oleh calon PAS. kerusi majoriti Cina untuk DAP manakala kawasan bercampur terutama di bandar merupakan milik PKR," katanya.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu, berapa kerusi Parlimen yang kini diwakili PKR akan ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, salah satu kerusi tersebut ialah Parlimen Machang di Kelantan yang kini diwakili oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"PAS mahu bertanding di kerusi itu dengan alasan Machang merupakan kerusi tradisi PAS. Penyokong PAS mahu kerusi itu ditandingi oleh calon mereka.

"Kerusi itu ditandingi oleh Saifuddin kerana ketika waktu itu beliau setiausaha pengurus besar Yayasan Tok Kenali yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

"Satu perkara lagi kerana PAS meragui mengenai jentera pilihanraya PKR di Machang kerana dalam pilihanraya umum lalu, petugas PAS lebih ramai dari petugas PKR," katanya.

Sementara itu difahamkan PAS juga mahu mengambll semula kerusi parimen Dungun yang ditandingi ketua AMK, Shamsul iskandar Md Akin dalam pilihanraya umum lalu.

Ulasan GB

Gombak juga. Markaz Tarbiyah PAS di Gombak adalah saksi besar bahawa Gombak adalah kubu kuat PAS. Apatah lagi PAS mempunyai seorang calon yang kuat dan berwibawa iaitu YDP PAS Gombak sendiri, Ustadz Salehuddin Nasir.

Banyak aduan diterima dari masyarakat Gombak semenjak ianya diserahkan kepada PKR. Contohnya:






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengundi Kawasan Dungun mahukan agar PAS bertanding dikawasan tersebut.Keadilan mana ada petugas ahli pun kurang, macamana nak bekerja dalam pilihanraya, takkan nak harapkan petugas pas.

ireneTEH berkata...

ikut umno ler, kawasan majoriti melayu pun beri pada gerakan dan mic

Tanpa Nama berkata...

Rundingan dan perbincangan mengenai kerusi dikalangan Pakatan Rakyat wajar dibuat awal agar akar umbi mudah buat kerja.Jangan buat macam yang lalu-lalu,nak pilihanraya lagi seminggu pun belum tahu siapa yang akan bertanding.

Tanpa Nama berkata...

Kembalikan Gombak kepada PAS. Jangan jadi macam pilihanraya lepas. Di Wilayah, cuma Dr. Lo'lo' saja calon PAS. Tapi jentera pilihanraya majoriti orang PAS. Bila dah menang, kata itu kemenangan PKR. PAS letak di tepi. Ini bukan hasutan, tapi realiti. Di bandar ni, penyokong PAS bukannya sikit. Wangsa Maju pergi letak PKR, siap dah tukar jadi Bebas lagi sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Jangan nampak kepincangan orang saja terus nak ambil kerusi. Adakah kawasan kita sendiri dijaga dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, Apa cerita dengan kerusi Parlimen Gombak ?