6 Dis 2010

Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah, Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Lot Banglo Mewah

Khir Toyo hadapi tuduhan berhubung pemilikan tanah, banglo

Gambar: BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas dakwaan pembelian hartanah bernilai RM3.5 juta. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.

Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. - BERNAMA


Ulasan GB

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.
Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman

dan ramai lagi.


2 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

najib langsung tak kena dakwa.. wkakaka

Tanpa Nama berkata...

kes lama, nak pilihanraya baru nak bicara, lepas PRU13 buang kse agaknya?