7 Dis 2010

Khir Toyo Sepatutnya Kosongkan Juga Kerusi ADUN Sungai Panjang

Khir Toyo serah surat letak jawatan Ketua Pembangkang esok

Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. — gambar fail

SHAH ALAM, 7 Dis — Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan Umno negeri, esok.

Katanya beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk mengisi jawatan itu.

“Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan Umno Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya, www.drkhir.com, semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang juga Adun Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

Semalam Khir, 45 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 dan No 10, Jalan Suasa 7 /1L, Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM6.5 juta yang dibeli dengan harga hanya RM3.5 juta.

Selain beliau, pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, dari Ogos 2000 hingga Februri 2008, berkata beliau memutuskan meletak jawatan demi kebaikan parti dan juga taraf jawatan tersebut.

Katanya, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan tersebut sementara menunggu proses mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak mengikut pertuduhan itu.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana khuatir kemungkinan akan wujudnya pelbagai andaian serta spekulasi daripada pihak luar khususnya pembangkang yang akan mengaitkan tuduhan itu dengan parti dan jawatan Ketua Pembangkang Selangor
. — Bernama

Ulasan GB

Jika demikian menurut kata Khir (tulisan yang ditebalkan) adalah wajar juga untuk Khir Toyo mengosongkan kerusi ADUN Sungai Panjang kerana rakyat boleh juga mengaitkan tuduhan itu dengan jawatan yang dipegang oleh Khir dahulu iaitu Menteri Besar yang diperolehi setelah menang pilihanraya di DUN.

Apa-apa pun rakyat sedang mengikuti perkembangan kes ini samada UMNO BN benar-benar bertindak untuk mengambil tindakan ke atas perasuah-perasuah atau ia sekadar bermain wayang.

Kes Khir Toyo: Najib Dingat Jangan Hanya Bersandiwara

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya beliau digantung jawatan sebagaimana dikenakan terhadap penjawat awam lain sebaik sahaja didakwa di mahkamah.

wak kliwon berkata...

Hari ni wak tulis lagi sama macam semalam. Wak dan suku sakat JAWA Sg Panjang minta pada Nak Khir turun la dari kerusi DUN. Demi maruah, kesian karo makmu karo embah !

man patut berkata...

Anon 0835, betul kata anda "sepatutnya" tetapi siapa yang nak kuatkuasa "sepatutnya" itu ? Perlukah kerajaan tubuhkan satu kementerian baru KEMENTERIAN SEPATUTNYA ?

orangkampong berkata...

Khir Toyo takkan letak jawatan di DUN Sungai Panjang. Kalau dia berani letak, itu bukanlah ' Khir Toyo ' lagi. Tapi boleh disebut 'Pak Kiyai Khir Toyo ' !.

Lagipun, nanti ada pengampu UMNO yang boleh jadi pengsan pulak...