29 Dis 2010

Kereta Terbabas Masuk Ke Dalam Kedai Emas - Pelanggan & Pekerja Hampir Maut

Pelanggan, Pekerja Nyaris maut, Kereta Rempuh Kedai Emas

PETALING JAYA: Tiga pelanggan dan 10 pekerja di sebuah kedai emas di Sungai Way, di sini pada Rabu, nyaris maut apabila sebuah kereta merempuh ke dalam kedai berkenaan ketika mereka sibuk berurus niaga.

Pengurus kedai itu Kevin Wong berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.35pagi dan kereta berkenaan dipandu oleh seorang wanita warga emas berusia dalam lingkungan 60-an.

"Ketika itu wanita itu nak 'parking' keretanya di hadapan kedai ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Wong berkata beliau difahamkan kejadian berpunca daripada botol air mineral yang tersekat pada brek kaki, menyebabkan pemandu gagal memberhentikan keretanya dan merempuh bahagian depan kedai itu.

Kejadian itu yang menyebabkan sebahagian besar cermin pameran pecah bagaimanapun tidak mencederakan mereka yang berada di dalam kedai, katanya.

Wong berkata kereta itu kemudian ditunda oleh polis yang tiba 10 minit selepas kejadian.- BERNAMA

Tiada ulasan: