3 Dis 2010

Cuba Lupus BMW Curi, Bekas DPP Dipenjara Setahun Dan Denda RM2,000

Bekas DPP dipenjara setahun, denda RM2,000

Gambar: TERTUDUH, bekas timbalan pendakwa raya, Lukman Zainuddin (kiri) berbincang bersama peguambelanya, Azizul Shahiman Mat Yusof (kanan) selepas didakwa di Mahkamah Besar Klang, hari ini kerana cubaan melupuskan kereta BMW curi yang dimiliki isterinya. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

KLANG: Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dipenjara 12 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah cuba melupuskan sebuah kereta mewah milik isterinya yang dilaporkan dicuri, empat tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati Lukman Zainuddin, 37, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh yang menjawat jawatan berkenaan antara 1997 dan 2002 didakwa cuba melupuskan sebuah kereta BMW 318 (i) (A) nombor pendaftaran ADT 6677 di Pangsapuri Putra Harmoni di Presint 9, Putrajaya, antara 11 malam, 24 Mac 2006 dan 12.15 pagi keesokan harinya.

Tiada ulasan: