5 Dis 2010

[Bergambar & Video] Tindakan Polis Guna Kekerasan Terhadap Peserta Demo Dikecam

52 termasuk lima pelajar ditahan, Suhakam kecam polis

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pakatan Rakyat menganggarkan sekitar 52 orang ditahan termasuk Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan lima pelajar atas alasan melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berjanji akan membebaskan mereka jika kesemua peserta protes mematuhi arahan agar bersurai.

Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, seramai 47 orang ditahan di sekitar Masjid Negara termasuk lima merupakan pelajar.

Difahamkan mereka ditahan di Cheras.

Terdahulu Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan setiausaha agungnya S. Arutchelvan ditahan semula di kawasan Istana Negara selepas mereka dilepaskan di Masjid Negara.

Sebelum itu, mereka ditahan di hab pengangkutan awam KL Sentral.

“Ini jaminan kami, mereka semua akan dibebaskan. Jadi, tolong bersurai,” kata Amar ke arah kumpulan yang berhimpun di kawasan bangunan KTMB.

Kumpulan itu berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara melalui bangunan KTMB.

Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu dan pekarangan Masjid Negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata akan membawa usul kekerasan polis hari ini ke Parlimen.

“Amat malang polis guna kekerasan sedangkan pada peringkat awal kata mahu bekerjasama. Maka, saya akan bawa usul kekerasan polis ini di Parlimen kelak,” katanya.

Dalam pada itu, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor, Dr Badrul Amin Bahron berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba menyerbu para peserta protes yang berada di pekarangan Masjid Negara menyebabkan seorang lelaki bernama Azami Ismail patah kaki dan seorang wanita pitam ketika cuba cuba melarikan diri.

“Ketika polis menyerbu ke Majis Negara lelaki itu yang berusia 51 tahun telah jatuh di tangga menuju ke masjid dan patah kaki.

“Saya difahamkan lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang oleh ahli keluarga untuk pemeriksaan. Dia kini sedang dirawat.

“Selain itu, seorang wanita yang pitam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, dia sekarang masih lagi dalam keadaan lemah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 5 petang tadi.

Tambah Badrul Amin, pihanya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Istana Negara sebalik bertindak kejam kepada penyokong.

“Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.

“Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.

“Tetapi dalam proses bersurai itu, polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari,” katanya.

Kesemua penyokong yang berada di Masjid Negara mula bersurai kira-kira pukul 4 petang tadi.

Selain kumpulan antikenaikan harga air, sebuah lagi kumpulan yang dinamakan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong behubung penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Namun, GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

“Kita telah berjaya menyerahkan memorandum ke Istana Negara kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi dan kita tidak mempunyai sebarang masalah menuju ke sana kerana hanya lapan orang sahaja yang pergi.

“Yang selebihnya kita telah arahkan supaya berkumpul Stadium Merdeka, polis turut membenarkan kita menyerahkan memorandum itu kepada wakil istana,” kata Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin.

Tambah Hamidzun, rancangan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Muhammad Shaani Abdullah ditemui berkata, tindakan tidak profesional pihak berkuasa menjatuhkan martabat pasukan terbabit.

Katanya, pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas tanpa melibatkan tindakan kekerasan terhadap orang awam.

“Tindakan tidak profesional ini menjatuhkan martabat pihak berkuasa sedangkan mereka perlu memupuk jati diri dan contoh baik kepada rakyat
.

“Namun mereka bertindak sebaliknya dengan memaki hamun orang awam dan perkara ini sungguh memalukan. Walaupun perarakan tiada permit tapi sepatutnya polis bukan bertindak mengamcam atau memaki-hamun seperti ini,” katanya. -TMI


MB S'gor: Polis tak tunai janji, saya kesal

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

“Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," kata Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang. -mk














6 ulasan:

Awanama berkata...

Peristiwa menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kumpulan penyokongnya telah menjadi satu sejarah.

Kumpulan baju merah yang berani memprotes dan menentang kezaliman kerajaan pusat Barisan Nasional yang membenarkan syarikat kroninya SYABAS memanipulasikan harga air akan dikenang oleh genarasi kemudian sebagai wira....

Dan dengan adanya demostrasi air pada 5 Dis 2010 ini telah membuka pekong kerajaan Barisan Nasional yang lebih mengutamakan keuntungan kroni dari kepentingan rakyat didahulukan.

Harga barang keperluan telah dinaikan tanpa mempedulikan keresahan rakyat dan dalam pada itu mereka masih mengatakan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Apakah kita tidak sedar lagi atau pura-pura tidak nampak bahawa kerajaan Barisan Nasional ini sebenarnya tidak peduli pada kehidupan kita sebagai rakyat biasa...?

Masih mahu menyokong kerajaan Mohd. Najib dan kuncu-kuncunya dengan slogan karutnya "1 Malaysia, rakyat didahulukan..."?

Awanama berkata...

Saya sangat sedih majoriti rakyat Malaysia terang-terang dipermain dan diperbodohkan oleh kerajaan BN.

matpedihmata berkata...

Tak sudah-sudah PDRM dikudakan oleh UMNO/BN.Ingat sesudah Musa Hassan digantikan oleh IGP baru,diharapkan akan ada kemajuan dan pembaikpulih oleh PDRM,nampaknya PDRM masih ditakok lama jua.Mana lebih besar dan berkuasa Perlembagaan,DYMM Yang Pertuan Agong atau Akta Polis?Rakyat bukan senang digula-gula lagi.Suatu hari PDRM akan merasa dan akan menerima pembalasan terhadap kezaliman yang dilakukan apa bila kesabaran sudah sampai kekemuncaknya.

Unknown berkata...

adios syeikh gb kerana fokus balik kpd 'amar ma'ruf nahi munkar menjatuhkan Umno, kurafat terbesar org melayu hari ini.

Awanama berkata...

Kalaulah ada anggota pemancut air itu dalam kalangan keluiarga aku, aku sapu muka dia dengan taik lembu. Pasal dia berotak lembu. Aku tak angkat bakul tapi kalau lagu tu punya kerja, penoreh getag macam aku jauh lebih baik dan mulia... Aku heran, kenapa orang gomen nih selalu sokong macam membabi buta je...!?

Pihak yang berdemo tu nak pertahankan hak rakyat mendapat layanan baik dan harga barangan keperluan terutama yang asasi tidak membebankan. Anda semua penyokong gomen, pun rakyat jugak, suka sangat ke barangan yang juga keperluan anda jadi mahal dan tak mampu milik itu... Apa sudah jadi otak dan pemikiran anda...?

Inagt pepatah moden kini, sekali kita mencuri selamanya orang anggap kita jahat dan sekali kita terlibat dengan UBN, selamanya kita terngok hingga tujuh keturunan. Ingat tuh. Waktu itu kita dimata awam bukan pejuang tetapi PECACAI macam dialog wayang tiga abdul P.Ramlee tuh.

Awanama berkata...

Ahli UMNO bawahan TERUS DIPERBODOHKAN oleh pemimpin UMNO dgn beberapa isu seperti Ketuanan Melayu. "Rakyat Didahulukan " bayar segala kenaikan brg2 harian...dan 'Pencapaian Kroni Diutamakan".....

Harap GB terus memaklumkan keJAHATan yg dilakukan oleh UMNO....masalah PKR biar org-org & ahli-ahliPKR yg uruskan. Jgn jadi lidah UMNO utk menghancurkan Pakatan Rakyat.