5 Dis 2010

Rumah Dirempuh Sebuah Bas Ekspres

Bas rempuh rumah

PASIR MAS: “Bang! Rumah kita kena langgar bas!” jerit Wan Meriam Wan Idris, 43, kepada suaminya, Zakaria Dollah, 66, sebaik rumah mereka dirempuh sebuah bas ekspres yang terbabas dalam kejadian di Kampung Wakaf Merah, Tendong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, kediaman dihuni 11 beranak terbabit rosak di bahagian anjung selepas dirempuh sebuah bas ekspres yang turut menyebabkan Toyota Corolla SE milik keluarga itu remuk di bahagian belakang.

Bagaimanapun, semua penghuni rumah, termasuk Wan Meriam dan sembilan anaknya berusia 18 bulan hingga tiga tahun, terselamat kerana mereka tidur di bahagian atas dan bawah rumah.

Menceritakan kejadian itu, Zakaria berkata dia yang berada di dalam tandas terkejut mendengar teriakan isterinya mengenai kemalangan membabitkan sebuah bas di depan rumah mereka.

“Saya terkejut mendengar suara isteri memberitahu mengenai kejadian itu. Ketika itu saya hanya terdengar bunyi penggera kereta dan dalam keadaan panik, saya bergegas ke luar rumah dan mendapati sebuah bas ekspres berada di anjung rumah.

“Kami bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada siapa di anjung rumah berkenaan kerana semua anak kami berada di bahagian atas dan tingkat bawah rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Zakaria yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, mengakui menghadapi kesukaran menjalankan perniagaan berikutan kenderaan digunakan untuk mencari rezeki kerosakan teruk.

“Kejadian ini menyebabkan saya bercuti seketika kerana kerosakan kereta turut membantutkan sumber pendapatan kami selain diguna untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah.

“Hampir 10 tahun kami mendiami rumah peninggalan keluarga dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini (dirempuh),” katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM 80,000 termasuk kerosakan rumah dan kereta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan kira-kira 5.45 mengenai kejadian bas ekspress yang merempuh sebuah rumah di Kampung Wakaf Merah, Tendong.

Beliau berkata, ketika kejadian bas ekspres yang mempunyai 26 orang penumpang itu dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pulau Pinang.

“Dipercayai, pemandu bas itu mahu mengelak sebuah kereta yang dari arah bertentangan dan memotong sebuah lori.

“Berikutan itu, pemandu dipercayai terbabas dan merempuh rumah mangsa sebelum melanggar bahagian anjung serta kereta yang diletakkan di bahagian anjung,” katanya. -hm

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wajib tangkap pemandu kereta berkaitan. Sekiranya sabit, maka segala tuntutan ganti rugi ditanggung oleh dia. Jika harta awam turut rosak dia juga wajib baiki atau ganti. Jangan nak tuding kepada pemandu bas sahaja.

nana baling berkata...

Anon 0836, hang ni MABUK kapa !

haji pak ya berkata...

Anon 0836, pemandu bas tu mungkin tettidur / terlelap dan tak mungkin mabuk tetapi yang sah ialah Anon 0836 memang Mabuk !!!!

Tanpa Nama berkata...

Apalah nasib engko wahaipak pemandu bas sekelian. Nampaknya golongan engko juga yang dipersalahkan... Carilah keja lain. Biar tokey bas itu dengan keluarganya saja yang pandu bas-bas tuh.... Apa-apa hal yang jadik suku-sakat mereka juga. Tak nyusahkan orang lain.