3 Nov 2010

SPR Berkeras Untuk Guna Helikopter. PR Perlu Tegas.

SPR: Kami ada kuasa tentukan tempat kira undi, PAS boleh bantah jika mahu

GUA MUSANG, 3 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas.

Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah (dalam gambar: kiri)berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.

“SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.

“Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.

“Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 924 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

PAS akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu hari ini — sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Noordin berkata, PAS boleh memfailkan bantahan sekiranya merasakan perlu.

“SPR ada cara untuk mengira undi, kalau sesuatu proses itu melambatkan kita akan bawa ke pusat pengumpulan kertas undi.

“Kalau PAS nak failkan bantahan tiada masalah. Lagipun ini bukan kali pertama kita bawa balik kertas undi dan kira di pusat penjumlahan undi.

“PAS nak risau buat apa? Kita bawa naik helikopter. Dalam helikopter itu nanti ada polis yang bertugas, tidak akan berlaku penipuan,” katanya lagi.

Justeru, Noordin meminta PAS supaya tidak terlalu risau dengan perkara itu kerana pihaknya akan menjalankan tugas dengan baik.

“Tidak perlu risau, kita akan jalankan tugas dengan baik.

“Kita cuma bawa balik dengan helikopter nanti ketika buat pengiraan ejen calon pun ada bersama, tiada masalah pun,” katanya.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun semalam, bantahan itu akan dibuat hari melalui peguam partinya.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.

Tambah Noordin, sekiranya selepas pilihan raya kecil selesai dan PAS masih tidak berpuas hati mereka boleh memfailkan petisyen di mahkamah.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Ulasan GB

SPR berdegil untuk gunakan helikopter dengan berkeras menyatakan mereka mempunyai kuasa menentukan dimana undi hendak dikira. Alasan: cuaca tidak menentu. Kita menyatakan itu alasan untuk melakukan penipuan. Jawapan kita: kira dulu, lepas itu baru bawa balik naik helikopter. Biar lambat tetapi adil, telus dan berwibawa.

Tambahnya dalam helikopter ada polis. Kami kata polis tidak semestinya adil. Beribu kejadian di dalam negara memperlihatkan pihak polis sentiasa bersikap berpihak dan berat sebelah.

SPR benar-benar cuba memperbodohkan PR, memperbodohkan rakyat.

PR perlu bertindak pantas dan tegas.

1) Hari ini juga, kerahkan semua wakil rakyat PR (Parlimen & DUN) buat bantahan. Ketua Pembangkang dan Presiden PAS perlu berperanan aktif. JANGAN LEMAH UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK. Jangan bertindak selepas dah kalah. Tak berguna.

Usah sibuk nak fikir dan berebut jadi Perdana Menteri jika hal sebegini pun tak mampu di atasi.

2) Buat laporan polis SEGERA mengenainya.

3) Dapatkan perintah mahkamah hari ini juga halang SPR mengira undi di Pusat Penjumlahan.

4) Desak Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR dipecat atau letak jawatan segera.

5) Pastikan rakyat di Galas berperanan untuk membantu tindakan PR untuk mengira undi di pusat kiraan undi bukan di pusat penjumlahan.

6) Ahli Parlimen PR perlu bentang usul supaya SPR diwakili oleh wakil semua parti. Jika usul ditolak, bentang usul tak percaya kepada Speaker.

7) Lain-lain yang difikirkan perlu. (Panggillah sesi brainstorming. Apa nak jadi pemimpin-pemimpin PR yang lembek dan asyik leka & kena perlekehkan dengan agen-agen BN saja ni?)

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul..betul..betull! Pemimpin PR bayak yg masih tenggelam dgn angan2 nak tawan Putrajaya.Perkara mcm nie pun x blh nak buat segera. PAS kata dah byk pengalaman. Tp kes mcm nie pun msh terhegeh-hegeh. Esok bila kalah melalak kata SPR tipu. Teman setujuk dptkan waran mahkamah untuk kiraan di tempat mengundi. SPR memang agen UMNOngok. Deme tu mana takut dosa. Pasal apa? Pasal dosa & neraka mana nampak. Yg nampak kuasa dan kekayaan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau SPR terus dengan rancanganya untuk mengira undi ditempat lain, tidak ditempat mengundi. Rakyat dah tahu apa muslihatnya. Allahuakhbar marilah kita berdoa beramai-ramai kepada yang maha kuasa agar kemenangan kepada parti yang memperjuangkan islam. Binasakan mereka yang tidak jujur dan berniat jahat.

Modern Talking berkata...

sokong bro GB... sepatutnya benda2 begini mereka lebih alert, dan fikir langkah yang perlu di ambil.. bukan blogger punya kerja untuk tolong fikirkan untuk mereka.

feis berkata...

meletakkan polis sebagai pemerhati tidak menjamin ketelusan dalam penghantaran peti pos UNDI..letak JER pemerhati dari pr ...amacam SPR ada berani k itu pun kalau nak telus la ANDA ADALAH 'SURUHANJAYA PILIHAN RAYA' BUKAN 'SURUHANJAYA PENOKONG RASUAH'

Tanpa Nama berkata...

kalau nak naik heli juga benarkanlah wakil dari parti yg bertanding naik heli sama supaya kertas undi tu tidak apa2kan

Tanpa Nama berkata...

kalau biaq kat SPR, hanchus laa ...semua boleh dibeli. wakil PR kalau dapat ikut heli tu pun .. silap2 dibelinya ...

orangkampong berkata...

Aku harap PR jangan cakap melangit bila dah terang-terang kalah. Kalau nak bertindak, sebelum nasi jadi bubur ! Baru ada faedah.

Kalau dah kalah baru nak bangkit. tarak guna la...Sebab bila bicara nanti, pakai hakim yang macam hakim beruk jer...Buang masa, buang duit , malu bertambah besar.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ! Orang cerdik kalau kena tipu, maknanya dia masih bodoh !.

Semoga penduduk Galas berfikiran waras. Jangan tiap kali pilihanraya asyik kena beli RM 20 dan kena tipu !. Takbir !!!

kembara putih berkata...

Nampaknya PAS bakal ditipu untuk kali ke 400 ribu. Sudah menjadi rutin PAS melalak bila dah selesai kena tipu. Masa tu dah tak guna lagi. Buat lah beratus2 petisyen pilihanraya di mahkamahpun, PAS tetap jadi lebai malang. Walaupun nampak ada perubahan, tapi momentum tak berapa kuat. Seperti saranan2 GB tu, elok la dibuat segera, masa berjalan dengan pantas, kalau dok nganga je macam Presiden PAS, dapat taik cicak je.

Berubah la PAS, berusaha JADI LEBIH AKTIF. Malu la kononnya pejuang Islam tapi asyik kena tipu senang2. HANYA SI BODOH YANG PEMALAS YANG MUDAH KENA TIPU BERKALI-KALI.

gee berkata...

Kpd SPR, jangan buat perkara yg boleh menimbulkan fitnah dan syak. Buat PAS, lantik peguam dan cabar kredibiliti SPR...Buat pembaca boleh ke anda percaya lg dgn jabatan POLIS yg penuh dgn skanadal kalu dan bekas KPN sendiri mengaku ada pihak ketiga dlm SPRM. Akupun turut berdoa supaya heli yg bw kertas undi tu terjunam dlm hutan tebal kat sandakan tu..Allah jua maha berkuasa dan maha adil...Buat UMno bertanding la secara genleman..jgn salahguna agensi kerajaan rakyat dah muak...dgn segala kerakusan pemimpin yg mengejar kemewahan dunia seolah2 takkan mati..nauzbb