19 Nov 2010

Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Menggodam Rangkaian Komputer US

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

Pasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.

- AFP/mk


5 ulasan:

zaid ampang berkata...

Aku bangga, rakyat Malaysia memang hebat ! Malaysia Boleh !

Tanpa Nama berkata...

nasib baik tak godam maklumat SPR, kalau tidak mahu pitam najib dan muhyidin

Tanpa Nama berkata...

Dimana maruah Amerika yang angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Salah guna kepandaian mengakibatkan kemudaratan pada diri sendiri.. Rupanya semasa kat malasia lagi agen amerika telah peratikan pergerakan dia. Kebenaran masuk ke US itu hanya perangkap untuk dia. Bijak tapi tamak. Ketamakan itu bawak dia ke perangkap FBI.

Tanpa Nama berkata...

can i meet this person?why?because i wanna learns all hacking's skill from him.thank you.