19 Nov 2010

Hadir 30 Orang, Dapat Undi 450

PKR pandang berat aduan "politik wang dan penipuan" di Sri Aman

PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR Radin Shamsul Kamar berkata pihaknya memandang berat aduan wujudnya "politik wang dan penipuan" ketika berlangsungnya pemilihan di cabang Sri Aman Ahad lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan jika aduan itu benar, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan keputusan di cabang tersebut," kata beliau kepada FMT hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan membatalkan kelayakan calon yang bertanding dalam mana-mana jawatan.

"Selain daripada calon-calon yang bertanding, para pegawai dan pengawas pemilihan juga akan diambil tindakan jika terbukti mereka terlibat," ujar beliau.

FMT pada Selasa lalu, melaporkan pemilihan pusat telah dijalankan dirumah pengerusi Jimmy Donald dan 30 anggota hadir untuk mengundi.

Timbul tanda tanya

Setelah selesai pengundian dijalankan, Jimmy yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperoleh 450 undi, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota yang hadir.

Anggota PKR di cabang itu mendakwa wujud ‘politik wang dan penipuan’ ketika pemilihan berlangsung dan mereka mempersoalkan kesahihan pemilihan pada Ahad lalu.

"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami mahu ibu pejabat segera menyiasat hal ini tanpa melengah-lengahkan lagi, kerana ia akan mencemar imej parti," kata anggota parti itu.

Ini bukan pertama kali laporan dibuat berikutan terdapat lapan pengundi dikesan dari kalangan ahli DAP yang turut mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.

Dalam pemilihan itu, Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman selepas memperolehi 84 undi dengan menewaskan pesaingnya, Ibi Uding yang mendapat 76 undi dan seorang lagi calon mendapat 10 undi.

Uding yang juga Ketua Wanita PKR negeri berkata, beliau mempertikaikan kesahihan mereka sebagai ahli PKR untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, lapan ahli DAP itu dipercayai mengundi untuk Jimmy dan dibawa oleh anaknya Leon Jinat Donald, yang juga ahli DAP Sri Aman. -FMT

Ulasan GB

Bila dah ada satu kes masuk mahkamah, baru kini PKR mahu mengakui wujudnya penipuan di satu cabang PKR.

Masih ada banyak lagi kes-kes penipuan yang belum terdedah.

Satu demi satu akan muncul terutama yang dapat undi beratus-ratus tapi kehadiran cuma berpuluh sahaja.

Seperkara jadi persoalan: Mana pergi ahli-ahli PKR yang diwarwarkan oleh Setiausaha Agong ada hampir setengah juta orang itu, sedangkan yang keluar mengundi cuma tak sampai 5%?



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagi dasyat PKR ni drp UMNO rupanya.

Tanpa Nama berkata...

yang 420 lagi tu..undi secara ghaib..pesen baru ..jangan tak tau..ahahahaha

Tanpa Nama berkata...

presiden kena buktikan bahawa ahli pkr berjumlah lebih 400.000 orang. mungkin ada penipuan jumlah sebenar dalam data supaya menggambarkan pkr ramai ahli dan pas dap memberi banyak kerusi untuk ditandingi pkr alam pru