19 Nov 2010

Peguam Ariel Peterpan Minta Perbicaraan Tertutup

Peguam mahu perbicaraan tertutup

JAKARTA: Peguam Ariel Peterpan, semalam memohon supaya perbicaraan penyanyi itu berhubung kes video lucah tetap diadakan secara tertutup.

Arfian Bondjol berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pejabat pendakwa raya yang berkata, perbicaraan itu yang akan bermula di Bandung Isnin ini akan diadakan secara terbuka kerana ia tidak membabitkan moral.

Ketua Pendakwa Raya Bandung, Sumantono sebelum ini berkata Ariel akan dibicara secara tertutup tetapi semalam, Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya di Jakarta, berkata, ia akan diadakan secara terbuka.

“Tertutup jika ia membabitkan kes moral. Tetapi perbicaraan ini hanya mengenai penyebaran video,” kata Babul Babul Khoir Harahap.

Menurutnya, perbicaraan itu tidak berkait dengan pembabitan Ariel dalam video itu dengan Luna Maya dan Cut Tari, tetapi isu penyebarannya. Arfian menyangkal pendapat Babul dengan berkata, kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham perlu dikategorikan sebagai kes moral.

“Kes itu tetap membabitkan moral dan kerana itu ia perlu diadakan secara tertutup. Bayangkan bagaimana saksi hendak memberi keterangan. Pasti mereka akan malu,” kata Arfian ketika dihubungi menerusi telefon.

Saksi utama kes berkenaan ialah dua selebriti yang terbabit dalam perbuatan seks dengan Ariel, Cut Tari dan Luna Maya. - Agensi

Artikel Berkaitan Sebelum Ini

Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS!

Tiada ulasan: