24 Nov 2010

Pulau Korea Selatan Dibedil Korea Utara

Korea Utara bedil pulau Korea Selatan

GAMBAR menunjukkan sebuah meriam milik tentera Korea Selatan melepaskan bedilan dalam satu latihan di Pulau Baengnyeong dekat sempadan Korea Utara semalam.

INCHEON - Tentera Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan dekat sempadan semalam hingga menyebabkan dua askar Korea Selatan terbunuh manakala 19 yang lain cedera termasuk 17 anggota tentera dan tiga orang awam.

Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam.

"Rumah-rumah dan beberapa kawasan pergunungan terbakar manakala orang ramai berpindah dari Pulau Yeonpyeong," kata seorang saksi kepada stesen televisyen YTN.

Sumber Korea Utara mendakwa, serangan meriam itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.

Selepas serangan itu berlaku, asap kelihatan dari bangunan-bangunan di Pulau Yeonpyeong yang dihuni kira-kira 1,700 orang awam dan terletak sekitar 120 kilometer ke barat ibu kota Korea Selatan, Seoul.

Sementara itu, Amerika Syarikat semalam mengutuk serangan Korea Utara itu dengan Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs meminta Pyonyang supaya menghentikan tindakan provokasi dan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea pada 1953.

Serangan kali ini adalah yang terbaru dalam persengketaan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak selepas sebuah kapal perang Korea Selatan tenggelam pada Mac lepas dipercayai akibat bedilan torpedo tentera Korea Utara. - Reuters

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini yang dikatakan negara jantan. Tak macam dimalaysia, rakyat kita aksik diculik di perairan dalam negara oleh lanun berlesen Indo. Tapi kita pulak yang selalu kena bayar pampasan.... camner bahagi uang tak taulah.

Apabila Amerika dengan 70 ribu askar Korea selatan tunjuk kewanitaannya dengan aksi menakut sambil menembak meriam dekat sempadan. Korea utara terus tunjuk jantannya dengan membedil garisan pertahanan Korea Selatan di sebuah pulau apabila peluru sesat Amerika terjatuh dalam lautnya.

DPRK bagitau dunia bahawa askar Amerika dan ROK tu tiada batu macam Indo lempar tahi kat Malaysia.