24 Nov 2010

Lagi Laporan Kepincangan Pemilihan PKR.

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

23 November 2010

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden ,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya ingin merujuk kepada laporan keputusan terpeinci di setiap Cabang seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi keadilan

JAWATAN UTAMA AMK

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/JwtnUtamaAMK_WK03_DETAILED1.pdf

AHLI AMK PUSAT
http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/MPAMK_WK03_DETAILED.pdf

Terdapat keraguan dan kepincangan yang jelas dan nyata tentang jumlah undi yang diperoleh oleh Calon Ahli AMK dan Calon Naib Ketua AMK Pusat.

Pertama (Seperti lampiran bukti 1) klik pada gambar untuk besarkan



Keputusan undian di Cabang Semporna

Calon Ketua AMK
1) Chegubard 8 undi
2) Shamsul Iskandar 27 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 3 undi
2) Jonah 31undi

Calon Ahli MP AMK
No 3) Ahmad Akhdor 112 undi

Adalah amat tidak munasabah Ahmad Akhdor boleh mendapat undi sebanyak 112 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 35 orang sahaja.

Kedua (Seperti lampiran bukti 2) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Petra Jaya

Calon Ketua AMK
1) Chegubard dapat 11 undi
2) Shamsul Iskandar 19 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 5 undi
2) Jonah 25 undi

Calon Naib Ketua AMK
No 5) Kesavan 55 undi

Adalah amat tidak munasabah YB Kesavan boleh mendapat undi sebanyak 55 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 30 orang sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap laporan ini mendapat perhatian dan tindakan segera serta satu "Badan Siasatan Pemilihan" segera ditubuhkan bagi menyiasat segala laporan tentang pemilihan oleh pihak lain.

" UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH "

Sekian, terimakasih.
AMIZUDIN BIN AHMAT
016 - 469 5343

Sk. 1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh
4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard
9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)

Sebenarnya bukan mudah untuk analisa setiap keputusan undi di setiap cabang kerana formatnya PDF susah untuk membuat analisa. Sharpshooter hanya sempat analisa keputusan AMK sahaja itu pun tak sempat habis semua, keputusan yang lain langsung tak sempat nak analisa. Laman web parti hanya papar keputusan berakhir pada 14 Nov sahaja. Sepatutnya undi rosak juga wajib dipaparkan sekali.

Sepatutnya Calon berhak mendapat satu salinan keputusan di setiap cabang tetapi malangnya bila diminta berbagai alasan diberi. Bukan soal siapa kalah siapa menang tetapi soal ketelusan itu wajib diutamakan supaya Parti Keadilan Rakyat lebih dihormati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 ulasan:

mamat berkata...

kata dulang paku serpih
mengata SPR, PKR yang lebih

Tanpa Nama berkata...

aku skang dah bosan ngan pkr,pkr ngan umno bagi aku sama sahaja,cuma berbeda dari nama..korang lihat sendiri la perangai pkr nih,tak ubah mcm umno..ibabar meludah ke langit,akhirnya tertmpek kat dahi sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Ini lah satu contoh ahli PKR yang bengong. Zahir di lisan nak baiki parti, tetapi perbuatan adalah pisau yang menghiris tubuh parti. Patutlah tidak boleh bergiat dalam tubuh UMNO. Memang kena tendang sama macam zaid.