23 Nov 2010

Mayat Wanita Reput Dipercayai Dibunuh Ditemui Dalam Semak

Mayat Wanita Reput Dijumpai Dalam Semak

Gambar: Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita hampir reput dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di sebuah kawasan semak berhampiran bekas ibu pejabat Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini hari ini. Mayat wanita yang masih belum diketahui identitinya itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

IPOH: Mayat seorang wanita hampir reput dipercayai mangsa bunuh dijumpai di sebuah kawasan semak berhampiran bekas ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, mayat itu ditemui oleh seorang pekerja memotong rumput yang melakukan kerja pembersihan di situ tengah hari tadi.

Mayat berkenaan tersorok dalam timbunan dahan kayu dan semak dengan kedua-dua kakinya terikat, katanya.

Zakaria berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.Beliau berkata identiti wanita itu belum diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui telefon 05-2451500. - BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini yang dikatakan negara aman dan damai

wak parjoe berkata...

Anon 1105,
mende u cakap camtu. Ini kes terpencil, normal la tu satu dua kes. Lagipun dalam Malaysia ni bukan semua rakyat Malaysia, pendatang haram jadah pun banyak. Habag mai negara mana yang langsung tak dak kes ? Tak de bace ke ?

Tanpa Nama berkata...

bukan satu dua... tapi inilah yg terjadi kat 1 malaysia sekarang... dan ini adalah satu daripada beribu kes bunoh yang terjadi... tak kira samada rakyat asing atau rakyat tempatan... kes ragut setiap hari berlaku.. kes rogol... buang anak... mat rempit... dan kalau nak tau lebih lagi... cuba pergi ke night2 club yang bertebaran di Ipoh ni... siapakah yang menjadi pelayan2 dengan pakaian yang menjolok mata? adalah anak2 melayu juga... fikir2kanlah... jangan mudah melenting bila ditegor... setiap tegoran adalah tanda kasih sayang sesama insan terutama yang mengakui dirinya islam...