15 Nov 2010

Husam : PAS Terbuka Untuk Terima Sesiapa, Termasuk Zaid

PAS terbuka untuk terima sesiapa, termasuk Zaid: Husam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti... dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk,"
katanya kepada Bernama selepas ditemuramah oleh hos Anne Edwards menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di sini.

Mengulas mengenai kekalahan Pas di tangan UMNO pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu, Husam yang memegang Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan berkata parti itu menerima kekalahan itu dengan hati terbuka namun PAS memberi perhatian khusus kepada Barisan Nasional (BN) selepas ini.

"BN nampak gembira dengan kejayaan ini, namun yang lebih penting cara BN menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang, itu yang lebih kita (PAS) bimbangkan," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon Pas Dr Zulkefli Mohamad tewas kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi. - BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu mudah mempelawa orang2 yang begini mcm katak lompat.. manusia2 begini memang tidak boleh dipercayai... merekalah menjadikan pakatan rakyat berpecah belah... tak payah beri tawaran nanti kerana mereka akan bertambah perpechan terjadi dalam pas pulak... fikir2kanlah...

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Husam menunjukkan PAS parti yang benar-benar mengamalkan Islam. Islam tidak menghalang mana-mana orang daripada menyertainya safnya.

UMNO dan PKR menggigit jari selepas ini.

kembara putih berkata...

Zaid tak sesuai berpolitik. Politik tidak sesuai untuk orang yang berhati yang lembut, mudah merajuk dan cepat berputus-asa. Zaid lebih sesuai berada dalam NGO.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat berharap agar DZI merujuk semula tawaran PAS. Mudah2an DZI akan lebih tenang dan lebih realistik dalam perjuanganya untuk sama-sama menegakkan keadilan sejagat berdasarkan prinsip ISLAM yang syumul.

Sesungguhnya perjalan hidup ini memang berliku-liku. Kemenangan itu hanyalah untuk mereka yang sabar dan bertakwa kepada ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

jadi ahli bolehlah, jangan nak jadi mursyidul am pula