5 Okt 2010

UMNO Kebas Pungutan Wang Ihsan Di Pulau Pinang?

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan ‘program mengembalikan duit haram’ dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka ‘gasak’.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Ulasan GB

Dalam hal ini GB kata LIm Guan Eng bersalah. Sebabnya tiada laporan polis dibuat. Dari awal lagi GB sudah berpesan di SINI. Petikan:

Pertama, laporan polis perlu dibuat supaya wang-wang yang dipulangkan itu benar-benar dikembalikan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM4,000.

Dan di SINI. Petikan:

Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Degil!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wa copy dialog S.Samsudin (semoga Allah Taalah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan beliau yang khabarnya sedang sakit di Singapura sana)dalam wayang Ali Baba Bujang Lapok, selepas selesai memunggah harta penyamun: "..ini semua akulah yang kebbass...:. Lalu beliau dihukum pancong dengan parang gergasi.
Kita perluka 'parang gergasi' jugak (walaupun hanya replika sahaja)untuk pancong hayat UBN... Sesiapa yang telah mendaftar sebagai pemilih maka dia sudah memiliki 'satu' parang gergasi replika tersebut. Berhemah dan berbijak laksanalah menggunakannya..
Lawak tetap lawak bro.. Jangan kecil hati, lebih-lebih marah. Sekadar ingat mengingati. Jika dah sedar perahu dah terlajak, boleh usaha untuk 'gustan'. Jangan samapai ke hari ngundi masih perangai sama, maka itu untung nasib andalah.

Waris berkata...

Wahh... banyak tu... hari ni malaysiakini melaporkan ada lagi 1000 warga tua bangka yg bodoh nak mampos kena tipu dgn mamak. Kenyang puak2 umno ni tibai duit orang miskin kat penang tu. Yg bodoh siapa? Melayu jugak... Yg bijak siapa? Mamak songkok tinggi... Puak2 umno ni duit zakat pun dia org tibai. Inikan pulak duit judi lagi dia org tak kisah.

Sedih aku tgk org melayu ni. Dahlah miskin, bodoh pulak tu. Dah tua nak mampos pun bodoh lagi...

Modern Talking berkata...

bro GB, sy rasa LGE pun dah letih dah nak libatkan Polis... balik2 nnt LGE gak yg kena tibai balik dgn Polis.. Boleh yakin ke polis akan take action klu PR buat report polis.. Kamalanathan lagi lama masuk Masjid/ surau masa PRK Hulu Selangor tapi kenapa YB Teo Ning Chin yg di panggil beri keterangan di balai Polis

GB berkata...

Modern Talking,

Maybe you are right. Tetapi kita tidak boleh berputus asa. Sekalipun institusi polis dan institusi kehakiman negara telah dilacurkan sedemikian rupa, keadaan lebih buruk jika kita mengabaikan mereka dan lansugn tidak membuat laporan polis mengenai hal itu. Kaedah dan procedure bernegara perlu dipatuhi.

Amuraria berkata...

biasa la umnoi @umco mana ada 'lasuah' ? duit mana ada 'halam' bagi umnoi @umco ? hanya dari pr atau parti islam ha baru 'halam ' pasai umnoi tak pernah makan 'luit halam' & 'luit lasuah' wo ! berapa lama depa sebat 'luit halam' ok ja , ni sang tua-tua dok kena peralat jadi lembu pawah kecian,sekok tu selalu nampak solat jumaat kat masjid besar kulim,yg mamak tuu hahaha last lari pi dok kulim la mamak ooi !

Tanpa Nama berkata...

kutip duit tuu salah.mana boleh kutip duit deposit tanpa lesen.kerajaan negeri dan bank negara pun tak bagi lesen kutip duit sumbangan kerajaan negeri kat umno gok tuu.