5 Okt 2010

Si Sepet Dan Si Buta: Wartawan TMI Yang Kena Siasat

Polis siasat laporan Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat laporan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin berhubung dakwaan laman portal berita 'Malaysian Insider' yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Hamim, membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul jam 12.30 tengah hari, semalam, tetapi beliau enggan mengulas kandungan laporannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan akan memanggil saksi lain jika ada, secepat mungkin.

"Kita juga akan menyiasat jika ada akta lain yang boleh disabitkan seperti Akta Hasutan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Minggu lalu, Pergerakan Puteri UMNO juga telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama di IPD Sentul.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan akan dibuat setelah siasatan dan laporan penuh disiapkan.

Sebelum ini, laman portal berita itu melaporkan bahawa pegawai kanan BTN itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO pada 27 September lalu.

Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil. - BERNAMA

Ulasan GB

Dah betul GB cakap semalam. Bahawa Hamim Hussin yang keluarkan kenyataan si sepet dan di botol akan terlepas, yang kena ialah wartawan Malaysian Insider.

Semalam GB ulas di sini. Petikan:

Tindakan melengah-lengahkan hukuman keatas Hamim Husin oleh Ketua Setiausaha Negara berhubung isu kenyataan 'rasisnya' rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan.

Rahsianya ialah supaya Hamim membuat laporan polis untuk menafikan kenyataan itu pernah dibuatnya.

Dan kemudian yang akan disoalsiasat dan ditahan ialah wartawan The Malaysia Insider.

Hamim akan terlepas!

Begitu rupanya cara bagaimana kerajaan UMNO BN membela penjawat awamnya yang rasis.

Mampukah sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" menggugat kedudukan sandiwara "Pulangkan", "I'da World" & "Pulangkan II"? Sama-sam kita nantikan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Hormat semua,
PM cakap ke antarabangsa, Islam dan orang Islam begian.. begian.. baik, adil kasih sayang dan seumpamanya. Gambaran baik. Bagus dan dipuji.
Malangnya rialiti amalan dan tindakan sebahagian mereka taraf 'HAPRAK'.. Goodby melayu haprak dan hipokrit...
Kongsi niaga, kongsi projek dengan melayu haprak sebegitu ok. Nak beri kepercayaan..!!? Sorry. Aku adalah aku, seorang Muslim berbangsa melayu yang membenci 'kehaprakan'. Engkau..!!? itu engkau punya hal...
Yang aku tau setiap lima tahun aku ada SATU UNDI, kuasa keramat seorang rakyat negara demokrasi.
Maaf Zahir Batin
Salam.