1 Okt 2010

Tertepek Ke Muka Sendiri: Father Of The Great Liars

Wang ihsan: Umno minta Loke jangan ‘bising’, bukan orang Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

“Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

“Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat,” kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.

“Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat,” katanya lagi.

Reezal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Loke yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.

Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Menurut Loke, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.


Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Tambah Reezal, tindakan Lim yang berdolak-dalik dalam memberikan jawapan telus mengenai isu ini seolah-olah membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

“Sebelum ini saya minta supaya Ketua Menteri jelaskan mengenai isu wang ihsan ini tapi apa yang saya terima adalah satu penafian yang begitu sombong dibuat Ketua Menteri.

“Ketua Menteri cakap wang ihsan ini bukan hasil wang judi tapi bila disiasat kita dapati beliau berbohong.

“Jadi saya minta supaya beliau jawab dengan telus perkara ini dan jangan nak cuba tukar topik lain pula,” katanya.

Kelmarin, seramai 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Ulasan GB

Kini terbukti nyata bahawa: The Father of the great liars is none other than Reezal Merican Naina Merican himself.

Dah tersepit, tak boleh nak jawab.

Filem sandiwara lakonan Ketua Penerangan Pemuda Umno ini walau bagaimanapun tidak begitu mendapat sambutan kerana Reezal Merican tidak berkarisma untuk memegang watak hero.

Ulasan sebelum ini di:
Songkok tinggi-tinggi bodoh bertingkat-tingkat.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bismilahiruahmanirruahhim...

Hamba bukanlah insan mulia sangat, tapi pesan hamba,.selagi mana kafir tidak menindas umat Islam maka kita boleh mengikuti mereka, sedangkan Rasul sendiri boleh berkompromi dengan kafir ini pula kita, siapa kita di sisi Allah. Sudah la Nana, saya kenai awak dan seluruh ahli keluarga awak. Ingat lagi kedai gas, ingat lagi macam-macam kerenah bisnes keluarga tuan-tuan yang akhirnya membawa kedurjanaan pada orang lain..Sudahlah Nana,...ingatkan Allah, kita nie semua nak mati..hitunglah hari..bawa-bawakla bertaubat.... a

Tanpa Nama berkata...

Memang bodoh laa dia nih...bertingkat-tingkat bodoh

mtgbertam berkata...

Naina ni dok melobi secara agresif sekarang untuk ganti mantan PM sebagai MP Kepala Batas. Dengan jawatan baru nanti, lebih banyak duit rakyat akan disapu dan diagih pada kroni.

Cumi Manzui berkata...

Kalau LGE jawab tak terima, mamak ni akan kata LGE bohong. Bila LGE jawab terima, mamak ni akan kata LGE beri kepada warga emas Islam tanpa mendengar penjelasan LGE selanjutnya. Taktik nilah yang selalu dibawa geng mamak. Kan depa tu mamak dan suka mengaku Melayu atas alasan depa tu Islam sedangkan depa tu bukan Melayu. Bila kita kata depa bukan Melayu, maka keluarkan alasan perlembagaan kata Islam tu Melayu dan Melayu tu Islam. Faham maksud AKU .....
Manusia ni yang merosakkan reputasi Islam dan mengelirukan orang lain terhadap Islam. Munafikun lagi berbahaya daripada kaum yang "ingkar" (kafir). Kan depa tu ibarat gunting dalam lipatan. Bahaya.

Tanpa Nama berkata...

Bukan main lagi gambar anak keling tu bergaya pakai songkok tinggi ala-ala hero melayu...

Tanpa Nama berkata...

Apa mana hariankan..1 Malaysia..Semua boleh Berjaya Boleh, Genting Boleh Macam Macam Boleh...Kalau mereka mereka kononnya istilah sumbangan, derma...tapi dari sumber haram...Kerajaan sapu juga.ingat ke halal haram...mana pi ulamak & boss yang jaga agama islam dalam kerajaan BN...awat senyap je..silap silap gaji kakitangan kerajaan untuk dibayar dari hasil cukai dari Genting & Berjaya...

Tanpa Nama berkata...

kerana mamak2 yg mengaku melayu nilah ahirnya p,pinang diperentah oleh bukan melayu, politik politik juga tapi jangan dok buat main dengan hukum hakam balik sana kata halai balik sini kata haram.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Aku bukan resis. Agama aku ajar semua orang Islam itu bersaudara. Cuma ingin kepastian.
Persoalan aku:
Dia ni MElayu ke?
MENGAKU MELAYU DAN NAK MEMPERJUANGKAN MELAYU???? Kacukan barangkali.
Tak taulah pulak kok mami dia bukan Melayu dan papa dia yang Melayu atau omak dia Melayu dan abah dio bukan Melayu. Atau kedua-dua bukan Melayu. Kalau aban ngan omak dio tulin Melayu takkan dio jadi macam tu pulak.. atau sekadar anak angkat?
Nama dia pun lain macam je. Tiada ciri Melayunya.
Ahh.. kompius aku..
Lantak engkaulah.
Tengok muka pun menyeramkan. Apalah muslihat dia agaknya hingga menyembunyikan asal usul bangsanya.
Mati dan hidup balik pun aku sukar nak kata lebih-lebih iktiraf dia Melayu.
Maaflah. Aku tak rela ditipu oleh puak yang sama DUA KALI.
Baru aku sedar bahawa MELAYU nih tinggi nilainya hingga ramai yang ingin bergelar melayu walau ternyata dia bukan melayu.
Ampun maaf.
Sekadar beringat supaya aku adalah aku.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

berapa UMNO upah kepada pelakon dan penimbul kekacauan dalam pemilihan PKR?