1 Okt 2010

Muhyiddin Terperangkap Di Tahap Penafian Mengenai Perlantikan Ku Li

Pelantikan Ku Li tidak jejas peluang BN: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun Ku Li terbabit dalam kes royalti minyak.

Katanya, ia adalah demi kepentingan rakyat Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di sini, sebentar tadi. -BH



Ulasan GB

Jika sebelum ini pemimpin UMNO sangat optimis di dalam kenyataan-kenyataannya mengenai perlantikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO BN di PRK Galas, tiba-tiba nada itu bertukar meletakkan UMNO di kepompong sindrom penafian atau ”state of denial” dengan menyatakan perlantikan Ku Li tidak jejaskan peluang BN.

Sebelum ini GB menyatakan bahawa perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO BN bagi Galas dilihat sebagai usaha UMNO untuk "membalas dendam" kepada Ahli Parlimen Gua Musang tersebut ekoran kelantangan beliau menyebelahi kerajaan negeri Kelantan di dalam tuntutan royalti.

Banyak pihak menyifatkan tindakan tersebut adalah tindakan desperate UMNO sehingga sanggup mengenepi Muhyiddin yang biasanya akan mengetuai jentera pilihanraya-pilihanraya kecil di pantai timur.

Walau apa pun, GB sudah mengulas sebelum ini bahawa dengan satu isu sahaja, jika benar-benar dimenafaatkan oleh PAS, UMNO bakal terkangkang di Galas.

Tiada ulasan: