1 Okt 2010

Semua Jari Menghala Ke arah Mahathir Terhadap Kepincangan Yang Berlaku

Kepincangan Melayu Berpunca Dari Zaman Mahathir

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata kepincangan yang ditanggung oleh bangsa Melayu kini adalah akibat kesan daripada dasar pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun yang mengangkat budaya kronisme dan nepotisme.

Akhirnya kata Saifuddin, Dr Mahathir dan Umno telah menjahanamkan nasib dan masa depan orang Melayu serta kesucian agama Islam.

"Yang jahanamkan orang Melayu bukannya orang Cina yang namanya Kit Siang, yang menjahanamkan agama kita bukannya Melayu, bukan Cina yang namanya Guan Eng, Karpal Singh, Sivarasa atau pun Tian Chua.

"Dalil yang pertama, apakah betul Umno jaga agama? Orang Melayu di negara kita ini agamanya Islam. Berita yang terbaru tetapi dilaporkan akhbar antarabangsa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meluluskan lesen judi kasino di Sabah.

"Baru-baru ini kita lawan dia nak bagi lesen bola sepak kepada Tan Sri Vincent Tan. Bukan Najib bagi tapi Mahathir bagi. Dua tiga minggu sebelum Mahathir berhenti dia bagi lesen judi tersebut," jelas beliau.

Beliau berucap pada ceramah umum di Kedai Buluh, Marang, Jumaat lalu ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengugut kononnya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum akan datang

Menurut Saifuddin, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri, Vincent Tan telah datang berjumpa dengan beliau meminta lesen judi kerana Dr Mahathir telah memberikan kelulusan untuk lesen judi bola sepak tetapi ditolak kerana takut akan dipersoalkan oleh PAS.

Katanya lagi, perkara itu didedahkan dalam sebuah buku oleh seorang penulis dari Singapura yang mempunyai pengalaman 25 tahun mengikuti perkembangan politik di Malaysia khususnya Umno.

"Ketika buku itu pada mula diterbitkan, Umno tidak benarkan buku itu dijual di Malaysia. Hari ini pula, seorang pelukis kartun, Zunar pula ditangkap kerana ingin melancarkan buku kartunnya. Dia kena tangkap, bukunya kena rampas. Kartun pun Umno takut sekarang ini," ujar beliau.

Beliau menegaskan Umno yang beria-ia ingin meluluskan lesen judi bermula zaman Dr Mahathir, kini diteruskan pula di zaman Datuk Seri Najib Razak.

Justeru itu katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar Najib supaya berterus terang menyatakan pendiriannya berhubung isu lesen judi yang mahu diluluskan sedangkan dalam Islam hukumnya jelas haram. -SK


PRU 1999: Saya mangsa konflik Mahathir-Anwar, kata Najib

'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali situasi 11 tahun lalu dengan terbuka berkata beliau pernah menjadi “mangsa” ekoran pergolakan politik membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Najib, beliau menyedari berhadapan dengan kesan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999, yang diadakan setahun selepas Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, dipecat dari kerajaan dan parti.

“Ada masanya saya rasa kecewa dengan keadaan ketika itu... seringkali, keputusan yang bukan kerana tindakan saya sendiri,” kata Najib pada forum mengenai Asean di sini hari ini.

“Itulah persekitaran anda rasakan ketika itu. Anda berhadapan dengan kemusnahan (kerosakan) kolateral... saya tidak pasti sama ada ia adalah perkataan yang tepat (untuk digunakan),” kata beliau ketika ditanya mengenai kekecewaan politik yang dialami ketika pilihan raya umum ke-10 pada akhir 1999.

Pemecatan Anwar pada awal September 1998 oleh Dr Mahathir ketika perdana menteri dan presiden Umno membawa kepada kemunculan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Kerjasama pembangkang menewaskan BN di Terengganu dan Kelantan, yang telah pun jatuh ke tangan PAS sembilan tahun sebelum itu.

Malah BN kehilangan undi pada jumlah yang banyak di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung berbanding tahun 1995. Umno-BN kehilangan sokongan di kalangan pengundi Melayu.

“Jika anda lihat kembali 1999, ia satu situasi yang sungguh aneh. Majoriti saya jatuh menjunam sehingga, saya fikir 214 undi,” kata Najib yang ketika itu merupakan anggota Kabinet dan naib presiden Umno.

Najib berkata beliau sama sekali tidak dapat memahami mengapa situasi itu wujud.

“Tetapi saya tahu bahawa saya boleh pulih dan oleh itu saya tidak mahu mengubah kawasan (untuk bertanding),” kata Najib yang kekal di bahagian pilihan raya Parlimen Pekan sehingga sekarang.

Najib berkata beliau terpaksa bekerja keras untuk mengubah nasibnya di mana berjaya memperoleh majoriti 22,922 undi pada pilihan raya umum 2004.

Empat tahun lalu beliau menambah jurang perbezaan undi sehingga 26,464, yang tertinggi diperoleh oleh calon BN pada pilihan raya umum ke-12.

“Jika anda ada rasa keyakinan, anda tidak harus rasa putus asa dengan kekecewaan sementara.

“Apa yang penting ialah keupayaan untuk pulih. Nasib menyebelahi saya, saya berada di sini (hari ini),” kata Najib yang dipilih presiden Umno akhir Mac 2009 dan minggu berikutnya sebagai perdana menteri yang keenam.

“Dalam politik, kehidupan politik boleh jadi singkat jika anda dilihat berada dalam kelompok yang salah,” kata beliau lagi.

“Meskipun anda kompeten, meskipun anda berupaya, tetapi jika anda berada dalam puak yang salah, ia boleh jadi satu tragedi,” tambah Najib, anak kepada bekas perdana menteri Tun Abduk Razak Hussein. -TMI


Ulasan GB

Semua sudah buka mata buka mulut. Semua jari menunjuk ke arah Tun Dr Mahathir.

GB telah lebih awal menyatakan: Nyanyuknya Menjadi-jadi Sekalipun Kubur Dah Kata Mari

Dan kini GB difahamkan TDM terlantar di katil kerana dilaporkan tidak sihat. Kita sudah menyatakan sebelum ini bahawa Mahathir sepatutnya sudah wajar benar-benar bersara. Membersihkan diri demi menghadapi Rabbul-Jalil pada bila-bila masa dan supaya rohnya bisa tenteram di alam barzakh nanti.

Kalau degil juga, saksikanlah Ya Allah, bahawa kami telah menyampaikan seruanMu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sedang menjalani proses kesan dari doa mereka-mereka yang dianiayai dan kesan dari perbuatan beliau sendiri yang melampaui batas.

Sesungguhnya Allah maha adil dan maha bijaksana.

Tanpa Nama berkata...

pak det ni bahasa kampung kata dia tak gheti 9 bab2 dosa pahala,bangkit pagi dia kera nak makan sapa sampai dah tua gayut pun maseh dok kera bab dunia lagi.

matlipat berkata...

Kalau nak disenaraikan "dosa-dosa" Mahathir Kutty terhadap orang Melayu munkin akan mengambil ruang yang terlalu banyak.Oleh kerana dia dijadikan Pemimpin Utama Perkosa oleh Brahim Katak,dan menyalak pasal kehilangan kuasa Melayu,nak beri 2 contoh aje nak tunjuk Mahathir Kutty ni pengkhianat Bangsa Melkayu.
(1) Persempadanan kawasan Pilihanraya dimana beliau ujudkan begitu banyak kerusi Parlimen diSabah,Sarawak dan dikawasan-kawasan bukan-Melayu.Dikawasan Melayu(Malay Belt)kerusi Parlimen tak ditambah kerana ditakuti dimenangi oleh PAS.Kawasan Malay Belt dipecahkan hingga kawasan tu sudah jadi bentuk halia.
(2) Beliau menghapuskan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat kerana beliau anggap sekolah-sekolah ni jadi tempat lahirnya ektrimis Islam.Beliau buat ni sekembalinya dari Washington,satelah mencium tangan Bush.
Manusia inilah sekarang,memakai smotar,berdiri disebelah Katak yang mencium kris,konon nak mempertahankan hak Melayu.Mamak yang lupa,Melayu tak lupa.

Tanpa Nama berkata...

mahathir dan UMNO menjahanamkan melayu, islam dan kesultanan melayu,,

Tanpa Nama berkata...

macam UMNO juga, dasar yang menindas melayu dan rakyat berlaku sejak diperintah UMNO