1 Okt 2010

Penulis Skrip Sandiwara "Pulangkan" Ditukar

Warga emas kesal EXCO Pulau Pinang tuduh mereka sandiwara

KEPALA BATAS: Sekumpulan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap seorang ahli EXCO kerajaan Pulau Pinang yang menuduh mereka bersandiwara dan dipaksa oleh pihak tertentu untuk memulangkan balik wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri yang dilaporkan adalah daripada dana perjudian.

Imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, berkata beliau kecewa dengan tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ihsan berkenaan.

"Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tak berlakon atau bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati yang sangat sedih.

"Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan daripada sumber haram," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara.

Saidin, yang berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun lalu di masjid berkenaan, turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu.

"Kami tidak dipengaruhi oleh Umno atau sesiapa dan saya sebagai seorang imam tidak akan bercakap bohong. Abdul Malik yang juga seorang EXCO agama tidak patut menuduh tanpa usul periksa," katanya.

Md Saat Md Safar, 70, yang turut memulangkan duit berkenaan pada satu majlis yang turut dihadiri setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pada Rabu lepas, berkata beliau berbuat demikian atas kerelaan hati dan tidak pernah dipaksa sesiapa.

"Kenapa tuduh kami dipaksa, apa yang saya dan rakan-rakan lain buat itu adalah kerelaan hati selepas tahu wang itu dari sumber haram. Sebelum ini tidak tahu tetapi selepas tahu ia haram kami pulangkan semula," katanya.

Azhar pula berkata, beliau sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang memanipulasi isu berkenaan dan menuduh UMNO memaksa warga emas memulangkan semula wang terbabit.

"Itu semua (sebak dan menangis) bukan lakonan dan UMNO sendiri tidak pernah paksa mereka untuk pulangkan wang, kalau tidak mahu pulangkan itu hak mereka.

"Mereka yang pulangkan wang itu juga fikir soal agama serta akidah kerana bab agama bukan boleh buat main-main," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Skrip sandiwara "Pulangkan" pada awalnya ditulis oleh wartawan Berita Harian yang membat liputan kisah "pemulangan wang ihsan RM100 dari warga emas" yang dikutip oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini, sandiwara itu penuh kecacatan sehingga kurang mendapat sambutan berbanding dengan dengan sandiwara "I'da World".

Pada hari ini kita menyaksikan ada perubahan kepada penulis skrip sandiwara berkenaan. Ia kini ditulis oleh wartawan Bernama supaya "Pulangkan" dapat benar-benar meyakinkan penonton dengan lebih ramai setelah kedudukan "I'da World" merudum minggu ini.

Apa-apa pun, seperti yang GB ulaskan di sini, Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri.

Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Menunggu skrip dari Galas: Tonga Dan Sifu. Sama-sama kita nantikan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika TIDAK berlakon, SAH-lah depa memang bengong lagi jahil hingga sentiasa ditipu oleh UBN lebih 52 taun!!!!!??

Duit UBN itu bersih, halal lagi suci konon...

Bacalah selalu Surah Al-Baqarah yang menyatakan: Mereka ada mata tetapi BITA, mereka ada telinga tetapi PEKAK.
Begitulah jadinya jika hati dah tertutup, yang batil dikata benar dan yang benar dikatakan batil. Nasib mu lah lebai-lebai UMNO sekelian...
Ampun maaf,
Sekadar ingat-mengingat sesama Muslim.

Tanpa Nama berkata...

duit judi hampa tak makan baguih la tapi hampa pi pangkah bn jadi pemimpin lulus lesen judi, tolah hukum hudud yg boleh merosakan akidah segala amalan hampa takan diterima hampa tak ambil kesah dah la jahil mughakap bodo piang pula.

Tanpa Nama berkata...

wang bantuan JKKP terima juga, walaupun BN kutip cukai judi...

Cumi Manzui berkata...

Terima bantuan BN, tak HARAM walaupun tahu HARAM.
Terima bantuan PR, tak HALAL walaupun HALAL.
"Kami tidak dipengaruhi oleh Umno atau sesiapa dan saya sebagai seorang imam tidak akan bercakap bohong. Abdul Malik yang juga seorang EXCO agama tidak patut menuduh tanpa usul periksa," katanya.
Kenyataan ini serupa dengan kenyataan MUFTI PERAK. Siapa yang lebih 'ALIM"? Imamkah? Muftikah? Kalau dah lantikan kerajaan BN, entahlah .... pi siasat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

berlakon sandiwara dapat wang lebih banyak dari yang wang yang dipulangkan..