Simpang Ampat – Seorang remaja berusia 14 tahun membuat pengakuan bahawa gara-gara ketagih menonton filem lucah dia sanggup tidak ke sekolah dan menipu ibu bapanya.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zairul berkata, puncanya bermula apabila dia dan ibu bapanya berpindah ke sini dan berkawan dengan rakan-rakan sekitar kampungnya.
“Sikap liar kawan-kawan membuatkan saya terikut-ikut dengan cara mereka. Saya dibawa ke sebuah kafe siber di sekitar kawasan sini dan diajak untuk menonton filem lucah yang mudah diperoleh.
“Dengan hanya dibekalkan alamat laman web oleh pemilik kafe siber berkenaan, kami boleh melayari filem itu dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah dan malu,” katanya.
Menurutnya, dia akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya kerana ingin menonton filem berkenaan.
“Bukan saya sahaja yang menonton, abang saya yang belajar di salah sebuah sekolah agama di daerah ini juga turut serta.
“Benarlah kata pepatah, ‘sepandai-padai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga’. Kegiatan kami dikesan oleh bapa kerana suatu hari kami membawa adik yang berusia lima tahun ke kafe siber berkenaan. Kami membenarkan adik yang masih suci jiwanya dan tidak mengerti apa-apa menontonnya sekali. Apabila pulang dia menceritakan apa yang dilakukannya kepada ibu dan ayah,” katanya.
Zairul berkata, bapanya mula menyiasat dan suatu hari dia ke kafe siber berkenaan.
“Sejurus melihat kami asyik menonton filem berkenaan, bapa bertindak merotan kami di kafe siber itu dan tindakan berkenaan betul-betul memalukan saya.
“Insaf akan perkara itu, saya berjanji tidak mahu mengulanginya dan harap bapa dan ibu dapat maafkan saya dan abang. Bagaimanapun, abang saya tidak serik dan dia tetap mengunjungi kafe siber itu. Akibat ketagih, dia sanggup mencuri duit simpanan nenek di rumah,” katanya.
Ibunya, Rosmah berkata, dia berasa kesal kerana walaupun diberikan didikan agama yang sempurna tetapi anaknya terjebak dalam aktiviti tidak bermoral.
“Saya kecewa kerana anak-anak berkelakuan seperti ini. Lebih memalukan apabila dia merupakan pelajar sekolah agama dan sanggup menipu ibu bapanya bahawa dia pergi ke sekolah sedangkan dia melepak di kafe siber berkenaan.
“Bertambah teruk apabila anak saya yang sulung ini mencuri duit simpanan neneknya akibat mahu menggunakan wang itu untuk membayar kepada kafe siber berkenaan. Berkali-kali saya dan suami menasihatinya tetapi apabila dinasihat, dia melenting dan merajuk lalu lari ke rumah emak saudara sehingga kini,” katanya.
Kata Rosmah, dia bukan hendak mengaibkan kisah keluarganya tetapi dia hanya mahu berkongsi dengan masyarakat bahawa kehidupan sekeliling amat mempengaruhi tindak tanduk anak-anak.
Difahamkan, hampir sebahagian besar golongan muda di sekitar sini terutamanya pelajar sekolah bawah umur dibiarkan sesuka hati masuk ke kafe siber berkenaan.
Katanya, dia sentiasa berharap dan berdoa moga anak sulungnya dibukakan hati untuk mengetahui kesalahan akan perbuatannya.
“Pihak polis juga pernah melakukan serbuan ke atas kafe siber berkenaan tetapi ia tetap beroperasi seperti biasa seperti keadaan sebelum ini malah bertambah teruk lagi apabila jam tiga sehingga jam 4 pagi ia masih lagi beroperasi.
“Anak sulung saya dahulunya seorang yang dengar kata dan taat kepada ibu bapa serta tidak sangka kedatangan kami di sini diuji sebegini dan saya menerima sebagai hikmah dari tuhan dalam membesarkan anak-anak. Justeru, saya memohon kerjasama daripada pihak berkuasa supaya memandang serius terhadap perkara ini demi melahirkan anak bangsa yang berwawasan,” katanya. -SH

2 ulasan:
Wak rase la kan cakap banyak pun tak guna yang penting kalau nak membantu meredakan masalah ini ialah dengan membuat laporan kepada polis ataupun TV3....
Assalamu'alaikum Muslimin & Muslimat.
Inilah akibatnya jika sesebuah pemerintahan tidak bersandarkan pada Islam.Berpelembagaan & Perundangan ciptaan sendiri.Betullah didikan bermula di rumah.Dirumah kita boleh mengawalnya TAPI di luar rumah serta berjauhan Kerajaan yang boleh mengawalnya.Permasalahan ini tak akan selesai selagi Islam tidak didaulatkan seluruhnya.
Catat Ulasan