25 Okt 2010

Jika Menara Warisan Diteruskan Juga, Kami Yakin Ia Akan Menjadi Milik PR Juga Akhirnya

BN yakin pembangkang lambat laun terima Menara Warisan Merdeka

KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yakin anggota-anggota pembangkang lambat laun akan menerima cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu walaupun buat masa ini mereka menentangnya.

Dalam perbahasan mengenai Bajet 2011, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, pihak pembangkang tidak harus mempertikai cadangan ini kerana mereka akan "menelan balik apa yang mereka kata" pada akhirnya.

Sebagai contoh katanya, Pakatan Rakyat, yang mengutuk projek Putrajaya yang menelan belanja berbilion ringgit ketika mula dibangunkan, kini menjadi destinasi impian mereka akhirnya.

"Malahan mereka menyatakan sebelum ini, mereka mahu melelong Putrajaya kerana mereka mendakwa membazir wang pembayar cukai. Kini mereka mahu mengambil alih Putrajaya pula.

"Mereka juga pernah mengutuk pembinaan Jambatan Pulau Pinang tapi sekarang mereka mahu jambatan kedua," kata Mohamed dengan sinis.

Pembangkang tidak pernah bersyukur

Menyambut kata-kata Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), beliau berkata pihak pembangkang tidak pernah bersyukur mengenai apa yang kerajaan telah buat untuk negara ini.

Beliau juga mendakwa bahawa mereka telah "memanipulasi fakta" dengan mendakwa syarikat pengurusan dana terbesar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan mengguna wang pembayar cukai.

"Tapi PNB menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyentuh wang kerajaan atau dana unit amanah untuk membina bangunan pencakar langit itu. Malahan mereka akan menggunakan sumber dana dalaman untuk menampung kos pembinaan," kata Bung.

Pakatan Rakyat telah berkempen secara intensif menentang cadangan itu dengan mendakwa projek itu akan menjadi sebuah lagi projek "gajah putih" di negara ini.

Ketika ahli-ahli parlimen bertelagah tentang projek yang kontroversial ini di Parlimen, hampir 170,000 rakyat Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap pembinaan menara ini menerusi laman jaringan sosial Facebook.

Kumpulan itu yang dikenali sebagai "1Malaysia Reject 100-storey Mega Tower" ditubuhkan minggu lalu selepas projek itu buat pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011 pada 15 Oktober lalu.

Ulasan GB

Mungkin MP dari BN terutama dari Sri Gading, Mohamed Aziz merasakan bahawa Pakatan Rakyat terlalu giurkan untuk ke Putrajaya kerana ianya sekadar Putrajaya. Sungguh senget pemimkirannya menyatakan PR bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai destinasi impian semata-mata hanya kerana nilainya billion ringgit.

PR memang menjadikan ia sebagai destinasi impian, namun ia adalah lantaran Putrajaya adalah pusat pemerintahan. Dan rakyat berhak merampas Putrajaya yang dibina hasil dari wang rakyat, dan ia bukan wang dari perbendaharaan UMNO BN.

Kedua, mereka menyatakan bahawa "mereka yakin pembangkang lambat laun terima Menara Warisan Merdeka". GB kata "Pakatan Rakyat" yakin lambat laun Menara Warisan Merdeka akan menjadi milik PR juga akhirnya FULL STOP


8 ulasan:

free force berkata...

Salam,,, Kalau begini lah cara umno dan pemimpin berfikir, ,, memang patut lah semakin lama rakyat semakin menolak mereka ini. Tak tahukah kesan dari mega2 projek yg lalu telah memaskin negara ??? Akibat dari projek yg tidak memberi kesan positif kepada negara,,, Sekarang kerajaan di bawah umno, bunyi duit bertimbun,, namun hakikat duit menjadi susah di peringkat jabatan, hingga hari ini duit iksan org tua tidak di masuk dalam bank. apa dah jadi, negara kita akan bertambah mskin sekiara rakyat masih memberi kepercayaan kepada umno bn,,, ??????t

Tanpa Nama berkata...

Dana yang ada kian susut! Kini peruntukan untuk seni persembahan yang dulunya agak besar kini telah menguncup dengan begitu teruk. Persembahan teater yang dulu dapat ditoton secara percuma kini dikenakan bayaran.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat hendak kePutrajaya bukan sebab bangunan-bangunan dan infastuktur hebat yang ada disana tapi kerana Putrajaya jadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Federal.Kalau pusat pentadbiran Federal tidak berada diPutrajaya,buat apa nak tawan Putrajaya? Itu pasti kerja bodoh.Projek Menara 100 tingkat tetap ditolak rakyat,tetap dibangkang Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tidak ada seorang yang waras yang takmahu kepada pembangunan tetapi setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan itu mistilah mengukur kemampuan dan kepentingan dimasa itu jangan kerana nak kepada gah bn sanggup berbelanja besar yang ahirnya akan membawa padah kepada negara dan rakyat selurohnya.

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanya puak2 umno bee end ni tak berapa faham bahasa lah kut.... katanya pakatan rakyat nak putra jaya kerana bangunan... tu lah bodoh namanya... pakatan rakyat mahukan pentadbiran negara, kerana umno bee end dah tak tau nak tadbir negara... tak tau cara nak berbelanja, tak tau mcm mana susahnya rakyat jelata nak hidup hingga ada yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang... harga barangpun dan melambung naik... hak rakyat dirampas... dan macam2 lah lagi...

Tanpa Nama berkata...

aihhh msalah btul la pmikiran depa ni...mmg kami tentang...pembaziran yg sgt dasyt d lakukn dgn pmbinaaan menara ini....sma cm Putrajaya dlu, tp UMNGOK still nk bina, dan jika kami brkuasa xkn nk runtuhkn tmpat tu plak...kna dduk jgk la...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah Taala yang Maha Baik itu memperkenankan rintihan majoriti rakyat yang inginkan sebuah kerajaan baharu yang lebih bertanggungjawab dan memberikan keadilan kepada segenap lapisan rakyat...
Kami berlindung dengan mu ya Allah daripada orang-orang khususnya kalangan pemimpin yang menipudaya, zalim dan bersifat munafiiq...

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak sapa2 bagi data penyewa kat menara petronas... Aku rasa banyak lagi kosong kot? kalu dah penuh, sapa dia punya penyewa? Bumi ka atau NonBumi.... suruh GB publish. Baru kita bleh buat analisis untuk buat bangunan yg baru atau tidak....