25 Okt 2010

Helmi Jugak Nama Tunangnya, Akan Tetap Tunggu Sakinah Pulang

Tunang sanggup tunggu Sakinah pulang

POKOK SENA: Tunang Siti Sakinah Ismail, 25, bakal pengantin yang hilang sejak 16 Oktober lalu tidak berputus asa dan bercadang meneruskan perkahwinan sekembalinya gadis itu ke pangkuan keluarganya.

Helmi Afendi Aris, 24, berkata dia sanggup menunggu kepulangan Siti Sakinah dan tidak akan memutuskan pertunangan kerana percaya gadis itu akan kembali untuk meneruskan perkahwinan mereka seperti dirancang.

“Saya percaya masalah ini akan berakhir dalam tempoh terdekat dan turut membantu saudara maranya mencari di beberapa lokasi tertentu,” katanya di rumah bakal ibu mentuanya, di kampung Kolam, di sini, semalam.

Helmi yang menetap di Kuala Sanglang, Perlis, datang ke rumah tunangnya untuk mengikuti perkembangan terbaru Siti Sakinah.

Beliau menyifatkan kehilangan tunangnya itu sesuatu yang tidak diduga dan menyedihkan, selain mengganggu emosi keluarga mereka.

Katanya, pertunangan mereka atas pilihan keluarga kedua-dua pihak dan dia bersetuju dengan pilihan itu.

“Kami mengikat tali pertunangan selepas berkenalan seminggu.
“Sepanjang pertunangan semuanya lancar, kami tidak pernah bergaduh, malah dia sentiasa baik serta gembira menunggu hari bahagia selain membuat persiapan sewajarnya,” katanya. -BH

Ulasan GB

Hanya kebetulan, tunang bakal pengantin yang dilarikan bernama Helmi. Kes pertama ialah kes Rozaliya di Kemaman dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Noor, 24.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Pak ucapkan tahniah di atas keutuhan cinta anak terhadap tunang. Izinkan Pak Cik memberi sedikit padangan untuk anak renungkan, sepertinya ia boleh terjadi pada sesiapa jua, lelaki atau perempuan. Sesungguhnya, cinta yang tumbuh dari hati itu tidak mudah terhakis mahupun dikikis. Hakikatnya kita mahu meneruskan hidup.

Dalam ajaran agama ada sedikit panduan bagaimana untuk memilih seseorang calun isteri. Mungkin anak ingin menyelidikinya. Tetapi apa yang Pak Cik ingin perkatakan di sini ialah satu ungkapan inggeris yang pernah Pak Cik terbaca semasa belajar di luar negara dulu. Ianya telah menolong merobah pendirian Pak Cik dari memikirkan kekecewaan cinta: Carilah pasangan insan yang menyayangi, mencintai dan mengharapkan kasih dari anda, dari mencari cinta dari orang yang anda mahu sayangi. Dengan erti kata lainnya insan yang menyayangi kita itulah yang akan tetap merindui kehadiran kita dari insan yang kita sayangi. Kasih kita terhadapnya akan tumbuh dengan sendirinya. Carilah someone who really cares for you... Forever Young.