26 Sep 2010

S/U Akhbar TGNA Taubat Nasuha Perkenalkan Ibrahim Sebagai Calon Parlimen Pasir Mas

Kuantan, 26 Sept [12.18 pm] - "Saya bertaubat nasuha kerana jadi orang yang perkenalkan Ibrahim Ali sebagai calon Parlimen Pasir Mas ketika Pilihanraya Umum ke-12 lalu", kata Ahmad Fadhli Shaari (foto), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Markas PAS Taman Guru Kuantan malam tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa Ibrahim Ali memanglah satu-satunya wakil rakyat "katak lompat" yang tiada tolok bandingannya.

"PAS terpaksa mencalonkan nama beliau berdasarkan senario politik semasa ketika itu. Tok Guru seboleh-bolehnya ingin mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Kita sangka Ibrahim Ali sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan.

Rupa-rupanya, Ibrahim bukanlah orangnya. Malah, selepas kemenangan di Pasir Mas beliau secara lantang mengutuk kepimpinan Tok Guru Nik Aziz", tambah beliau lagi.

PAS katanya tidak akan memberi ruang lagi kepada orang seperti Ibrahim Ali.

"Saya dengar beliau akan melakukan kejutan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang mahu dikejutkan agaknya. Apakah kejutan kerana menjadi calon bebas atau apa agaknya?", katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Ibrahim Ali sengaja membuat Majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesyen Keretapi Pasir Mas semalam kerana tahu orang ramai lalu lalang di kawasan itu.

"Kita membenarkan beliau menggunakan Stadium Mini Pasir Mas untuk membawa mantan PM Mahathir Mohamad dalam programnya itu. Namun, Ibrahim menolak dan sengaja mahu mengadakannya di Stesyen Keretapi.

Beliau takut, orang tidak ramai hadir ke stadium yang akan memalukan Mahathir nanti. Maka, di stesyen keretapi itu memang kita ketahui ramai orang lalu lalang dan berurusan di kawasan terbabit. Lantaran itulah beliau membuat majlis berkenaan di lokasi itu", tambahnya lagi.

Sementara itu, Fadhli turut mendedahkan cubaan UMNO untuk memalukan dan menjatukan maruah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Bermula dengan kes penipuan perasmian perlepasan perlumbaan basikal Le' Tour De Langkawi awal tahun lalu, kemudian penipuan perasmian Fiesta Kelantan dan terbaru berkenaan cek RM4 billion pula.

Semua ini adalah niat jahat mereka untuk mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz sebenarnya.

"UMNO tidak mahu insaf-insaf, sedangkan sudah banyak petunjuk yang diberikan atas penipuan yang mereka lakukan", katanya.

Beliau berkata, isu RM4 billion sengaja diada-adakan untuk memalukan Tok Guru.

"Syarikat terbabit sebenarnya baru berbincang dengan Tok Guru berkenaan projek pembangunan bernilai lebih RM300 bilion di pantai Tumpat. -pahangdaily

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali hanya kuda bodoh tunggangan UMNO. cakap melayu tapi perangai macam gambar hindustan.

Pas1974 berkata...

Kemarin aku komen, hari ini pula ada orang mengaku, tapi org ini tiada kaitan, org ini org baru hanya nak cari publasiti atau nak promosi muka sahaja.
Tengok apa yang aku komen kemari dibawah tajuk Brahim tin kosong:
"STOOOOOP! BERHENTIIIIIII!
Amarah aku pada beberapa orang pimpinan PAS kerana merayu aku supaya mengundi Brahem Katak dalam PRU 12 tak dapat ditahan lagi.
Berkali-kali aku minta penjelasan, kenapa Brahim putar alam jadi calon PAS di Pasir Mas, "ikut arahan pimpinan", kepala otak kau.
Kerana kepenatan memandu dari KL ke Pasir Mas sahaja menyebabkan jiwa aku tewas dan hati sejuk.
Jika orang Pas berjiwa brahem ini bertanding dalam PRU13 nanti, aku berjanji akan pulang dan adakan kempen besar-besaran supaya orang kampong jangan undi gerombolan ini.
Penipu dan hantu fuluuuuuuuuuss.

Tanpa Nama berkata...

Manusia yang bodoh sahaja yang menyokong Berahim Ali. Di Kelantan dia dah tak laku, hanya TV dan akhbar beri publisiti demi kepentingan bines.