26 Sep 2010

KSN Diberi katadua Oleh Pemuda MIC Supaya Bertindak Keatas Pengetua Rasis

Pemuda MIC memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan agar mengambil tindakan ke atas pengetua-pengetua yang mengeluarkan kenyataan rasis termasuk dari Johor selepas timbalan perdana menteri mendakwa yang beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak.

Justeru, Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum berkaitan isu itu kepada Sidek, Rabu ini.

Kata Mohan, jika tiada sebarang tindakan tegas daripada Sidek dalam tempoh dua minggu, pihaknya akan mengambil pendekatan susulan yang sewajarnya termasuk kemungkinan tindakan perundangan.

“Dalam kes Johor, dakwaan adalah jelas dan sudah ada laporan-laporan polis, tetapi tiada tindakan sehingga kini,” kata beliau ketika ditanya tujuan memorandum tersebut.

Kata Mohan, pihaknya pernah membuat desakan agar dikenakan tindakan tegas sebaik isu itu didedahkan awal Ogos.

Mohan menambah, selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah dan menyerahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, maka Pemuda MIC memberikan tempoh dua minggu kepada beliau mengumumkan tindakan yang diambil ke atas pengetua dari Johor.

“Kami yakin akan ada tindakan tegas ke atas pengetua terbabit supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

“Kami mahu isu ini diselesaikan segera dan buat selama-lamanya... sama ada ada tindakan atau tidak, ia akan menjadi pengajaran kepada semua,” kata Mohan.

Kata beliau, Pemuda MIC mahu tindakan tegas kerana tidak mahu melihat

perbuatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur rasis di negara ini berulang lagi.

“Cukuplah apa yang berlaku setakat ini, perlu ada tindakan tegas pihak berkuasa.” katanya.

Dalam mesej Twitter semalam, Mohan berkata, “Pemuda MIC akan menghantar memo kepada KSN pada Rabu, menuntut agar mengambil tindakan dalam dua minggu ke atas pengetua.”

Mesej itu dikeluarkan beberapa jam selepas berita memetik Muhyiddin keluar. Kata Mohan, siasatan ke atas pengetua dari Johor sudah lama berlarutan dan mahu isu berkenaan diselesaikan dengan segera secara muktamad.

“Kami tidak mahu orang ramai tertunggu-tunggu hasil siasatan dan kemudian senyap begitu sahaja,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Selain itu, menurut beliau, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti manakala pegawai kerajaan yang dituduh diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka.

“Kita mesti bersikap adil selaras dengan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Kata Muhyiddin, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka.

Jawatankuasa siasatan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian.

Muhyiddin berkata, dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

“Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya,” katanya.

Sebelum ini, timbalan perdana menteri berkata, beliau telah pun membuat keputusan dan berharap orang ramai akan menunggu keputusan JPA.

Pada 3 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata JPA akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan

akan dikeluarkan terhadap pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Di Kedah, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Ulasan GB

Sebelum ini MCA turut akan menganjurkan demo terhadap isu yang sama. Katadua MIC ini juga dilihat merupakan penampar tepat ke muka TPM.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau mic bagi satu lg penampar maka akan LEBAMlah kedua2 pipi mat sembab ni. Kah kah kah... inilah menteri pelajaran yg tiada pelajaran. Cuba nak bodohkan melayu tapi dia sorang je jadi melayu bodoh. Melayu lain semua dah pandai dan berpelajaran.

Tanpa Nama berkata...

menteri UMNO yang jual negara di bandar Iskandar

Tanpa Nama berkata...

menteri yang sokong SYABAS penaik bil air di selangor, memang SYABAS diswasta kepada kroni UMNO?

Tanpa Nama berkata...

UMNO sekarang perintah negara dengan mengutip wang berbilion dari saman ekor, dah tak pandai tarik pelabur asing dan majukan negara.

Tanpa Nama berkata...

Muhyidin dan najib sama-sama menindas rakyat, tak pandai perintah negara..