30 Sep 2010

Sports Toto Sebar Berita Ada Yang Menang RM47j

Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar RM48 Juta

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008.

Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan.

“Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali,” kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur. -petikan dari Mstar

..... snipped...


UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.-visi-sufi


Ulasan GB

Berita di atas disebarluaskan oleh Sports Toto sendiri.

Hasratnya ialah untuk mengkhabarkan bahawa ada orang dah menang RM47 juta dengan bermain nombor dengan Toto.

Ini sekaligus akan menggalakkan orangramai berpusu-pusu ke kedai toto untuk menikam nombor dengan harapan menjadi jutawan.

Taktik ini digunakan bagi meraih keuntungan yang lebih besar untuk syarikat dan juga pemegang-pemegang saham Toto yang terdiri dari beberapa pemimpin UMNO dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa kata duit RM 4000.00
yang kununnya duit haram tu suruh
umno p beli judi sport TOTO.mana mana tau rezeki umno penang..bagi la kat reezal,azahar and musa.

Tanpa Nama berkata...

HIDUP MELAYU!!!
HIDUP UMNO!!!!

"UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA"....

Tanpa Nama berkata...

Apa khabar Tn. Presiden?
Nampak seperti masih 'TIDUR' lagi. Apakah tuan telah seperti 'pak-lah PAS'pulak ke...?

Ganu terlepas kepada UMNO satu penggal dikira adat berdemokrasi. Tetapi jika menjelang pula penggal ke dua belum nampak bayang jayanya, maka tidak salah jika dikatakan kelemahan tuan.
Ampun maaf.

Nasharudin nampaknya maih terliur lagi peluang-peluang 'berdamai' bersama UBN...
Bukan senang hendak menghadapi ujian dunia jika ia dilonggokkan di depan mata. Belum ada penafian Zul Nordin terhadap pendedahan RPK..
Ampun maaf. Sekadar peringatan.
Wasslm.