18 Ogo 2010

Soalbalas Razak Dengan Pornthip

Sambungan dari SINI.

Malaysiakini melaporkan:

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

Malik selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sessinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.

Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah bersarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Thailand - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak (kanan) menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak: Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

Pengalaman terjun bangunan

Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabkan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didadapti lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”

Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.

Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.

Selepas Razak, giliran kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Tan Hock Chuan memulakan soalannya.

Menjawap soalan Tan, Pornthip memaklumkan beliau tidak sependapat dengan keterangan Dr Shahidan bahawa kecederaan pada tengkuk Teoh adalah konsisten dengan kejatuhan.

Mahkamah koroner selesai menyoal-balas Porntip sebagai saksi pada jam 12.25 tengah hari.

Peguam Teoh meminta penangguhan kerana untuk merujuk bahan bukti baru (nota terakhir) kepad apakar kerana ia ditulis dalam Mandarin.

Koroner menangguhkan kepada 1 September 2.45 petang.


Pornthip: Kesan Luka Pada Leher Beng Hock Akibat Tekanan Melampau

Pakar patologis Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil membentangkan penemuannya hasil dari pemerhatian prosedur bedah-siasat kedua di inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Pornthip disambut dengan tepukan gemuruh para hadirian yang mahu mendengarnya beliau mengesahkan pengumumannya sebelum ini, bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu ada 80 peratus kebarangkalian dibunuh.

Selain dari patologis terkemuka dunia ini, bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Amidon Anan turut menyertai inkues hari ini selaku pemerhati.

Sidang bermula dengan Koroner Azmil Muntapha Abas memanggil Pornthip ke kandang saksi. Beliau dipanggil untuk menjawab soalan dari peguam Malek Imtiaz Sarwar mewakili Kerajaan Selangor.

Pornthip berkata beliau menemui kesan hemoraj pada leher Beng Hock yang menjalar sehingga ke otot. Menurut pakar ini, kecederaan sedalam ini hanya boleh berlaku dengan tekanan yang kuat pada leher.

Dari pengalamannya mengendalikan kes jatuh dari ketinggian, mangsa jatuh tidak mengalami kecederaan sedemikian rupa.

Justeru beliau percaya tidak mungkin Beng Hock mengalami pendarahan serius pada leher akibat terjatuh dari ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Seseorang menggunakan sesuatu pada leher Teoh (Beng Hock), atau menekan kepala mendiang pada sesuatu," kata Pornthip.

Berdasarkan kepada kesan sembap pada otak, beliau tidak enolak kebarangkalian mendiang telah tidak menyedarkan diri semasa jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.

Laporan bedah-siasat pertama mendapati otak mangsa kekurangan oksigen akibat urat, arteri atau trakea yang tersumbat.

Sementara itu, Pornthip tidak bersetuju dengan pakar lantikan SPRM, Dr Peter Vaneziz bahawa kesan pada leher itu adalah akibat keretakan pada dagu. Beliau menjelaskan keretakan pada dagu adalah kecil dan tidak mungkin menyebabkan pendarahan yang melampau. -TVS




4 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Kita yang tak reti undang2 ni pun terasa Razak pun serupa dengan kita jugak...

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak ni hanya nak menegakkan benang basah je.. Ni satu lagi nampak2 gaya mcm nak ada Ops Lalang lg nih.. Lagilah benci aku pada kerajaan Umngok ni.. nak sebut pun geli...

Tanpa Nama berkata...

tegakkan keadilan walaupun ianya dibenci oleh UMNO dan pimpinannya

Tanpa Nama berkata...

moga cepat BeEnd bekubor (aku meluat).

razak tunjukkan sifat kebodoh-sombongannya pada satu dunia... world !!

moga cepat BeEnd bekubor (aku meluat).