18 Ogo 2010

Hari Ini, Satu Dunia Menilai Sistem Kehakiman Negara

Pendapat Kedua VS 'nota' Misteri

Pakar Patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka akan hadir memberi keterangan pada Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock yang dijadual bersambung esok.

Hal ini diakui sendiri peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo kepada TV Selangor.

Kesediaan Dr Pornthip hadir memberi pendapat pakarnya berhubung kes kematian Teoh Beng Hock dijangka bakal memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui kebenaran.

Walaupun demikian, kemunculan terkini ‘nota’ misteri yang boleh mematahkan teori pembunuhan tersebut bakal menjadi agenda sesetengah pihak dalam mengubah hala tuju inkues tersebut.

Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh esok selepas surat daripada Dr Pornthip yang sedia memberi keterangan selepas memperoleh kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand.

Sebelum ini, Dr Pornthip mendakwa menerima isyarat daripada sumber tidak rasmi negara ini betapa kehadiran tidak disenangi hingga membatal hasrat itu.

Dr Pornthip dijangka hadir memberi keterangan berkaitan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Beliau sebelum ini membuat kenyataan betapa Beng Hock mungkin dibunuh, bukannya bunuh diri sebagaimana telahan awal.

Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di Plaza Masalam ketika dalam kawalan SPRM Selangor.


MCA, Gerakan diminta kotakan janji di kubur Teoh

Keluarga Teoh Beng Hock dilaporkan amat tidak berpuas hati dengan perkembangan inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu dan menunutut suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan.

Adiknya, Teoh Lee Lan, sehubungan itu mendesak pemimpin MCA dan Gerakan untuk mengotakan janji-janji mereka bagi menumbuhkan suruhanjaya berkenaan.

“Janji-janji itu dibuat di kubur Beng Hock; satu hari nanti kami mahu anda memenuhinya.

“Presiden MCA, Ong Tee Keat, timbalannya Liow Tiong Lai, dan presiden Gerakan Koh Tsu Koon, semasa memberi penghormatan terakhir mereka, tahun lalu menyatakan sokongan agar suruhanjaya diraja ditubuhkan. Saya telah mengesahkannya dengan mereka dan mereka menyatakan sokongan kepada kami,” katanya.

Lee Lan berkata demikian pada forum 'Ketidakadilan untuk 1 tahun: Apa kata anda, rakyat Malaysia' yang dianjurkan menerusi kempen 'Rakyat Malaysia bersama Beng Hock' bersama CRC-KLSCAH malam semalam.

Bercakap kepada kira-kira 200 hadirin, Lee Lan melahirkan rasa kecewanya kerana MCA dan Gerakan tidak pernah menjemput keluarga Teoh untuk menghadiri sebarang upacara perkabungan ataupun forum.

Beliau memohon rakyat supaya bangkit dan menuntut keadilan untuk Beng Hock dan membantu agar kejadian seumpama itu yang berlaku kepada abangnya tidak berulang kepada rakyat lain.

“Adakah anda mahu melihat seorang lagi saksi mati secara misteri?” soalnya.

Seorang lagi penceramah pada malam semalam, Haris Ibrahim, meminta rakyat memakai kemeja-T 'Malaysians for Beng Hock' pada setiap Sabtu bagi meluahkan sokongan mereka kepada keluarga Teoh dan juga tanda protes ke atas ketidak-adilan kerajaan BN.

“Ini bagi memberi mesej yang jelas bahawa rakyat tidak dapat menerima ketidak-adilan. Rakyat adalah ketua dan mereka mampu membawa perubahaan,” kata Haris.

Ng Yap Hwa, yang menganjurkan forum itu juga meminta rakyat Malaysia mengambil cuti sehari esok bagi menghadiri inkues esok dengan memakai kemeja-T khas itu sebagai tanda sokongan kepada pakar patologi Thai, Dr Pornthip dan Teoh. -MK


Ulasan GB

HARI INI, sistem kehakiman negara akan diperhatikan dengan cara yang lebih teliti oleh masyarakat antarabangsa - samada wujud sikap untuk mempertahankan keadilan dan kebenaran di kalangan para hakim (di dalam konteks inkues ini, peranan koroner) atau sebaliknya.

Atau ia hanya satu perulangan kisah hakim di dalam kes konspirasi liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana hampir kesemua keputusannya berpihak kepada Pendakwa Raya sekalipun pihak pembela telah mengeluarkan hujjah yang kuat bagi anak guamnya semata-mata kerana pendakwa dan hakimnya mematuhi skrip konspirasi yang diaturkan oleh Peguam Negara.

Umum telah mengetahui bahawa keterangan-keterangan ahli patologi yang dikemukakan oleh pendakwa raya di dalam inkues sebelum ini penuh dengan hal-hal yang meragukan. Andaian-andaian palsu serta hujjah-hujjah yang lemah meletakkan integriti ahli patologi tempatan begitu dipersoalkan dan begitu tercemar seolah-olah mereka telah dipaksa oleh pihak tertentu untuk mengemukakan kenyataan tersebut dan anihnya keterangan mereka sealipun tidak logik seperti seolah-olah diiyakan oleh pihak yang mengadili.

Konspirasi peringkat tertinggi sedang berjalan yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara - itu penilaian rakyat dan masyarakat luar.

Dan kebenaran itu akan tetap kebenaran sekalipun cuba diputar diselindungi oleh tangan-tangan ghaib sehingga terdedah dan tercemar sudah integriti pihak yang beriya-iya melaksanakan pelan konspirasi apabila wujudnya kes-kes yang mencemarkan maruah pihak pendakwa seperti keterlibatan kisah romantis seorang peguam pendakwa dengan saksi utama kes dan yang terkini, Peguam Negara sendiri ada mempunyai hubungan sulit dengan pegawai bahawannya, menjadikan saksi utama dan pendakwa utama tersebut sebagai pihak yang tidak mempunyai kredibiliti untuk melanjutkan kes yang sedang dibicarakan. Ketua Polis Negara pula tidak berintegriti apabila diketahui telah menipu mengenai soal kelayakannya untuk menduduki jawatannya.

Pembunuh sebenar yang sekarang dipercayai cuba diselamatkan oleh pihak-pihak tertentu akan tetap dicari sehingga ke lubang cacing.

Rakyat terbanyak akan terus berjuang untuk meletakkan kebenaran dan keadilan ke tempat yang lebih hakiki sekalipun seribu hakim di negara ini cuba untuk mengkhianati sumpah profesyen mereka. Ingat kisah seorang hakim durjana di dalam kes "Correct, correct, correct" yang telah membaca penghakiman yang telah disiapkan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya. Itulah contoh hakim yang bertaraf binatang yang ada di Palace of Justice negara!

Dan UMNO mempunyai wakil paling kuatnya untuk melindungi orang-orangnya di dalam sistem kehakiman apabila mereka meletakkan bekas penasihat undang-undangnya sebagai Ketua Hakim Negara.

Perencanaan Allah tetap akan menang mengatasi perencanaan konspirator ini.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pihak mahkamah tak boleh nak salahkan orang awam yang bertepuk dan bersorak dalam mahkamah.Kalau pihak kehakiman dah jadikan mahkamah Malaysia sebagai Kangaroo Court,inilah padahnya.Mahkamah Malaysia sudah jadi arena sarkas,siapa salah? Clown-clown dipejabat AG yang mulakan - rakyat cuma ikut rentak sahaja.Biar dunia tau mahkamah Malaysia arina sarkas.