18 Ogo 2010

Dr Pornthip Tiba Di Mahkamah Dengan Tepukan Gemuruh. Katanya Teoh Tidak Bunuh Diri

Pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang bakal menyambung keterangan bagi menentukan kematian pegawai khas exco DAP, Teoh Beng Hock dilihat hadir di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik mahkamah dengan mendapat kawalan ketat daripada beberapa pengawal keselamatan.

Mahkamah majistret di sini pagi ini cukup sesak dengan orang ramai serta media yang hadir bagi membuat liputan berhubung keterangan Dr Pornthip.

Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, ADUN Pandamaran Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad, wakil kerajaan negeri Selangor serta ahli keluarga Teoh.

Dr Pornthip yang sebelum ini mengumumkan tidak akan hadir memberi keterangan sebaliknya menukar pendirian tersebut dan tiba ke Malaysia semalam yang dibawa oleh kerajaan Selangor.

Keterangan beliau dilihat begitu penting dalam menentukan kematian Teoh selepas pendedahan ‘nota terakhir’ yang didakwa ditulis dan menjelaskan tindakan bunuh diri oleh Teoh. -FMT

Malaysiakini melaporkan:

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.


Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.


Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

'Ini adalah protokol'

Malik selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun nota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

KEMASKINI TERBARU - dari twitter

Sebaik saja Gobind selesai, peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa pula menyoal.

Razak mempersoalkan malah mempersendakan kelayakan Pornthip. Beliau bertanya: anda belum pernah memberi keterangan di luar Thailand dan Pornthip bersetuju. Bahan bukti anda tidak diterima di luar Thailand. Gobind membantah jika beliau belum memberikan keterangan di luar Thailand bagaimana bahan bukti hendak diterima di luar Thailand, disambut ketawa orangramai

Razak menanya samada hasil siasatannya berdasarkan imaginasi dimana Pornthip menyangkalnya.

Razak sekali lagi cuba menyerang Pornthip dengan isu kelayakan beliau pula dan sekali lagi isi mahkamah ketawa.

Tugas Saya Untuk Membantu Pihak Si Mati

Pornthip menyatakan universiti beliau adalah di antara ke 5 terbaik di dalam asia. Razak menyatakan Pornthip tidak layak tetapi Gobind membantah. Malek pula persoalkan keperluan pertanyaan-pertanyaan Razak tersebut.

Pornthip menyatakan "Anda perlu faham. Saya datang untuk membela pihak si mati, bukan untuk kerjaan Selangor".

"Objektif saya ialah untuk membatu pihak si mati," tegas Pornthip yang disambut dengan tepukan gemuruh isi mahkamah.

Razak bertanya Pornthip mengenai kejadian di malam sebelum Teoh ditemui mati. Pornthip menyatakan beliau kekurangan bahan bukti. Lagipun ia tidak penting di dalam bedah siasat.

Razak bertanya kenapa Pornthip menyatakan Teoh tidak membunuh diri sedangkan tiada saksi menyatakan Teoh bergelut?

Pornthip menjawab: "Saya tak katakan pun beliau bergelut?"

Mengenai soalan Malek terdapat kesan di leher Teoh, Pornthip menyatakan "saya katakan ia adalah kecederaan sebelum jatuh".

Razak cuba untuk mempersoalkan laporan Pornthip dengan wujudnya perbezaan hasil laporan pertama dan kedua. Pornthip mengambil sedikit masa menerangkannya semula.

Pornthip juga bertanya samada Razak seorang peguam. Razak dengan cepat menyatakan beliau telah berkhidmat sebagai peguam selama 24 tahun dan di sambut dengan hilai tawa hadirin mahkamah.

Razak berkata Pornthip cuba berdalih. Pornthip katanya, sebelum ini menyatakan Teoh masih hidup semasa jatuh. Pornthip menjawab : "saya tak pernah kata dia dah mati semasa jatuh".

Koroner menjelaskan isu sebenar samada Teoh masih sedar atau tidak.

Razak enggan untuk memberi laluan untuk Pornthip menerangkan selaku seorang doktor terhadap apa yang berlaku.

Razak berkata kesemua empat doktor sebelum ini menyatakan kecederaan di leher itu adalah akibat kejatuhan.

Pornthip menyatakan beliau mempunyai batas tertentu di mana semasa bedah-siasat beliau tidak dibenarkan sentuh mayat mendiang.

Razak terus berkesimpulan Pornthip menyandarkan siasatnya hanya kepada andaian dan berdasarkan kepada imaginasi sendiri.

Giliran peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili kamar Peguam Negara pula menyoal Pornthip.

Tan bertanya samada Pornthip hendak mengenepikan wujudnya pergelutan di dalam testimoninya hari ini. Pornthip menyatakan beliau tidak setuju hasil penemuan Shahidan bahawa kecederaan di leher disebabkan oleh kejatuhan, begitu juga kecederaan di dubur.

Tan berkata semasa jatuh, wujud kecederaan di tengkorak. Dr Shahidan katanya adalah konsisten dengan keterangan jatuh dari tempat tinggi. Pornthip bersetuju.

Malek kembali menyoal-balas. Malek bertanya menegenai kesan calar yang terdapat pada leher si mangsa dan saiz kecederaannya.

Sila ke entri baru

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tunjukkan pihak yang bertanggungjawab demi keadilan ilahi