3 Mei 2010

Lepas Keluar Kotak, Ezam Masuk Bakul Pula

Ezam: Saya berhak jadi senator

Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Bercakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri. -mk

Ulasan GB

Dah puas duduk dalam kotak-kotak, Ezam try untuk masuk bakul pula. Tak der sapa nak bela dirinya... jadi kena angkat sendiri.

Tak usahlah nak menafikan yang anda telah dibayar dengan lumayan kerana menyertai UMNO dan bertugas untuk memburukkan bekas boss anda. Kerana 1Malaysia telah tahu dan telah kenal boss baru anda: Najib Altantuya.

4 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

hehhee

shukor berkata...

heheheheheh
Ezam kata dia "dianugerahkan" senator sebab perjuangan dia membasmi rasuah. Statement yang paling lawak abad ini. Tak ke ranking rasuah makin menurun hingga ketangga 56. Apa sumbangan Ezam? Tak ada, yang ada mungkin membela kroni-kroni yang rasuah.
Tak apa, sikit hari lagi kita akan bercerita siapa Ezam sebenarnya. Kenapa dia tinggalkan PKR. Dan kita akan bincangkan apa kata Lokman NorAdam.

Tanpa Nama berkata...

Selepas habis tempoh jadi senator, Ezam akan kencing semula UMNO kot-kot dapat lagi habuan. Baru padan dengan ahli-ahli UMNO.

Martoiriat berkata...

Dulu ketika bersama2 PKR, Ezam kotak bermati-matian berjuang menentang rasuah. Siapa pemimpin2 Umno yg perasuah tidak direpotkannya. Boleh dikatakan kesemua pemimpin2 Umno. Setelah menyertai Umno, pasal rasuah lenyap begitu saja. Yang hairan, beliau tak malu menyertai Umno, parti yg beliau cincang habis-habisan tentang rasuah. Kemudian beliau sendiri yg masuk dalam tong taik itu. Taik perasuah nanti akan terpalit pd tuboh badanya sendiri nanti. Saya sebagai rakyat ingin melihat sejauh mana perjuangannya menetang perasuah2 Umno apabila beliau dilantik Senantor nanti.

Dulu, saya sentiasa mengikuti ceramah2nya ketika beliau bersama2 PKR. Saya maseh lagi pegang dengan kata2nya apabila beliau ceramah." Tunjokkan saya siapa yg ikhlas menyertai Umno". Kemudian sekarang beliau sendiri tidak pernah pegang dengan kata2nya. Banggang Punya orang dan tidak berprinsip..