17 Apr 2010

Terkini Hulu Selangor: Pertandingan 4 Penjuru

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk dua sebagai calon Bebas.

BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala Pakatan Rakyat pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas yang mengemukakan ialah Johan Mat Diah dan VS Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi dan tempoh bantahan selama sejam akan berakhir 11 pagi.

Semalam SPR memaklumkan sebanyak 37 borang penamaan calon dikeluarkan.

Dalam pada itu, seorang guru J. Anuradha mendakwa dia gagal jadi calon Bebas sebab telah dihalang dari mengemukakan borang penamaan calon.

Johan, 31, seorang peniaga yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.

Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

Beliau dilaporkan telah dipecat serta-merta dari UMNO kerana menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di dalam PRK ini.

Sementara V. S. Chandran, 56, mantan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, yang sedang digantung setahun oleh parti berkata berliau bertanding kerana beliu adalah anak tempatam.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung keahliannya tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

6 penjuru termasuk SPR dan .....