17 Apr 2010

Habuan 2 juta: Mugilan Atau Mung gila?

Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya.

Ulasan GB

Mugilan atau mung gila?

Apa yang berlaku adalah dibealiknya. Mugilan telah ditawarkan habuan kerana sebelum ini UMNO yang begitu berkehendakkan Mugilan bagi menggantikan nama Palanivel sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Tup tup, dua-dua berputih mata. P. Kamalanathan yang terpilih. Palanivel dijanjikan Senator dan Timbalan Menteri. Mugilan dijanjikan apa? Habuan 2 juta seperti mana beliau sendiri dedahkan?

PKR/PR tak sebodoh UMNO/BN. Budaya rasuah dan sogokan bukan budaya Pakatan Rakyat, ia adalah darah daging UMNO/BN. Lagipun PKR/PR tak der duit sebanyak itu.

Jadi pekung Mugilan, beliau sendiri yang mendedahkannya. kayalah kamu dengan 2 juta itu.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aparah ini cakap, buatlah laporan polis, dakwa itu bikin offer. itu tarah susah, jangan cakap bodoh punya hal, chit, chit

saidibadri berkata...

Macha....tandori sama teh tarik oouuneek!

Nizam berkata...

Dey tambi... apa lu cerita? ada offer, angkat saja la. Bodo punya tambi.

Tanpa Nama berkata...

Untuk saudara V. Mugilan, rakyat Malaysia atau mana-mana orang (yang disebut dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009(Akta SPRM).

Dalam Akta SPRM ada menyebut tentang KEWAJIPAN UNTUK MELAPOR TRANSAKSI PENYOGOKAN (RASUAH) iaitu:-

Seksyen 25(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

Seksyen 25(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 25(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperolehi, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk perolehan, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

Seksyen 25(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Saudara V. Mugilan telah ditawarkan suapan atau rasuah. Mengikut seksyen 25(1) adalah menjadi kewajipan saudara melaporkan kepada SPRM atau polis. Jika tidak lapor adalah menjadi kesalahan di bawah seksyen 25(2) dan boleh dihukum jika disabitkan.
Oleh itu adalah menjadi kewajipan untuk saudara V. Mugilan membuat laporan dengan segera, Jika tidak orang tidak percaya, hanya untuk kepentingan politik sahaja. Pihak SPRM ambillah tindakan segera untuk menyiasat jika benar saudara V. Mugilan ditawarkan rasuah tersebut.