17 Apr 2010

17,000 Penerbangan Kandas Akibat letupan Gunung Berapi Di Iceland

Kira-kira 17,000 penerbangan di sekitar Eropah dan hampir seluruh dunia dibatalkan atau ditangguhkan buat hari kedua semalam, berikutan debu gunung berapi Iceland yang semakin tebal memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia.

Pada hari biasa kira-kira 29,500 pesawat berada di udara, kata agensi lalu lintas udara Eropah, Eurocontrol yang menjangka 12,000 pesawat melakukan penerbangan semalam.

Kebanyakan negara Eropah yang menutup ruang udara mereka dan operasi pesawat dijangka pulih hari ini

"Awan debu dari gunung berapi itu berterusan bergerak ke timur dan tenggara," kata jurucakap Eurocontrol, Kyla Evans.

Serpihan ais sebesar rumah jatuh dari sebuah gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Khamis lalu, berikutan gas panas mencairkan ais.Gunung berapi itu meletus Rabu lalu buat kali kedua dalam masa kurang sebulan.

Kira-kira 40 penduduk berhampiran gunung berapi di selatan gunung berapi di selatan Iceland dipindahkan disebabkan banjir kilat, bilangan yang kecil daripada laporan awal pihak berkuasa kecemasan.

Banjir dari air yang mencair dijangka berterusan selagi gunung berapi itu meletus, kata Rognvaldur Olafsson dari Jabatan Perlindungan Awam.

Awan debu setinggi 6,000 hingga 11,000 meter itu menimbulkan kebimbangan partikel kecil debu mungkin menjejaskan enjin pesawat, menyebabkan pihak berkuasa menutup ruang udara di seluruh British, Ireland, Perancis, Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium.

Tidak lebih dari 120 penerbangan di zon Atlantik tiba di lapangan terbang Eropah pagi semalam berbanding 300 pada hari biasa, kata Evans dari Eurocontrol.

- AP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beribu rakyat malaysia terkandas dalam pelajaran kerana dasar BN PPSMI