24 Apr 2010

Najib Takut Untuk Hadir Debat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang.

Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

“Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.

“Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.

“Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. — Bernama


Debat Terbuka Sedia Menanti Kehadiran Najib Malam Ini

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Debat Terbuka antara Ketua Umum KEADILAN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja akan menjadi acara kemuncak kepada kempen selama lapan hari pilihan raya kecil Hulu Selangor, malah ia akan menjadi fokus seluruh negara dan media antarabangsa.

Debat malam ini juga akan menentukan hidup mati karier politik Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno kata Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Beliau menolak dakyah TV3 yang mengatakan perhimpunan di Stadium Mini KUala Kubu Baharu bermula pukul 8.30 malam ini adalah haram kerana tidak ada permit.

"Ingin saya nyatakan di sini pihak polis sudah pun mengeluarkan permit kepada kita untuk mengadakan perhimpunan ini, jadi dakwaan TV3 mengatakan perhimpunan ini haram dan orang ramai tak boleh datang semuanya adalah bohong.

"Kita akan sediakan dua rostrum, satu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi untuk Datuk Seri Najib Razak. Saya harap Najib akan datang dengan penyokong-penyokongnya dan biarlah rakyat Hulu Selangor adili hujah samada Umno-Barisan Nasional mampu mempertahankan Apco dan hubungannya dengan Zionis-Israel.

"Kita mahu pastikan Umno dan BN ditalkinkan malam ini," kata Azmin semasa berucap di hadapan hampir 30,000 penyokong Pakatan Rakyat pada Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya malam tadi.

Kain rentang mengenai debat terbuka tersebut telah dipasang sekitar Hulu Selangor bagi menjemput rakyat kawasan Parlimen itu menyaksikan pertembungan dua pemimpin dari Pakatan Rakyat dan BN.

Walau bagaimanapun sehingga kini Najib atau BN tidak menjawab jemputan terbuka Pakatan Rakyat sama ada akan menyertai debat yang dianjurkan.


Ulasan GB

Dengan beralasan lebih suka temui rakyat dari berdebat dengan pembangkang jelas menunjukkan Najib masih bacul dan pengecut.

Berperwatakan hanya berani melempar batu sembunyi tangan masih mahu mengekalkan tradisi "temu rakyat tipu rakyat" daripada menjawab pelbagai tuduhan yang sehingga kini beliau berdiam diri mengenainya.

Pemimpin era baru adalah pemimpin yang berani berdepan dengan apa juga situasi, termasuk debat. Zaman ini adalah zaman pengetahuan, zaman teknologi maklumat, zaman digital, zaman gelombang kepimpinan dan pengurusan baru, bukan zaman batu, bukan zaman pemimpin syok sendiri, bukan zaman untuk pemimpin pengecut seperti Najib.

Obama yang dipuji melambung apabila Najib dapat bersua dengannya di Sidang Kemuncak Nuklear baru-bariu ini sepatutnya dicontohi Najib. Obama tidak gentar menghadiri debat dengan musuh politiknya di Amerika sewaktu berkempen untuk jawatan Presiden. Begitulah juga pemimpin-pemimpin besar dunia yang lain, seperti Ahmedinejad, Presiden Iran dan lain-lain.

Yang nyata, Najib menggunakan fulus.... untuk mengekalkan kuasanya. Membeli wakil rakyat, menaburkan habuan wang ringgit untuk mempastikan matlamatnya tercapai.

Tetapi jelas terbukti jiwa Najib kerdil dan pengecut - takut berdebat!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib berucap pun sepatah sepatah ini akan nak berdebat..patah lah

Tanpa Nama berkata...

Jika debat disuburkan diperingkat sekolah dan IPT. Maka wajarlah pemimpin negara hadir untuk berdebat mengulas sesuatu isu. Jika pemilihan UMNO pun ada debatnya, inikan pula pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

keseluruhanya pemimpin UMNO tidak pernah iklas dengan rakyat, mereka hanya memburu kekayaan hasil dari wang cukai rakyat,sekiranya anda rapat dengan pemimpin UMNO tempatan, anda akan ketahui kehendak mereka hanya mengumpul kekayaan melalui politik dan kuasa... Rakyat ditipu sepanjang masa...

Martoiriat berkata...

Najib tak layak hendak berdebat dgn Anwar. Semasa di Parlimen pun tak berani nak jawab hujah Anwar. Sedangkan di Parlimen adalah tertutup. Ini pulak di pentas terbuka di depan rakyat. Memang pemimpin2 Umno tak ada kualiti utk berdebat. Contohnya Shabery Chik dulu, berbuih mulut utk jawab hujah Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Saya fikir Susilo Bambang Yudhoyono selaku Presiden Indonesia lebih bijak mentadbir negara sendiri dan bercongak di arena antarabangsa. Ketika dia menghidu jemputan Obama adalah untuk menekan Iran, maka dia lebih tinggi darjat berbanding Obama kerana tidak hadir dan hanya menghantar wakil sahaja. Sebab itu juga rakayat Indonesia bersepah-sepah di negara ini. Malaysia tidak begitu, malahan di war-war dikacamata tv kononnya pemimpin Malaysia dihormati Obama walhal sekadar rethorik politik sahaja. Pemimpin Singapura yang sebesar kelumit itu pun, boleh memanggil Obama turun.
Perlu diingat rakyat semakin hari semakin celek dan cerdik di dalam menilai kebenaran dan kebatilan. Ws.